Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pilih Dia Seperti Kamu...

PHILADELPHIA - Presiden Barack Obama merayu rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih Hillary Clinton...

Pensyarah Tawar Hantaran RM500...

SEORANG lelaki menjadi perbualan hangat di media sosial selepas menawarkan wang hantaran RM500 kepada...

Wanita 71 Tahun Guna...

PENDANG – Dalam usia yang telah mencecah 71 tahun, Siti Romlah Salleh masih...

MH370: Pegawai Trafik Udara...

KUALA LUMPUR - Pegawai trafik udara yang bertugas semasa pesawat Malaysia Airlines MH370...

MRT Singapura: 6 Rakyat Malaysia Cedera

PUTRAJAYA – Enam rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan tren di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Joo Koon di Singapura semalam, kata Wisma Putra.

Mereka dihantar ke hospital berdekatan, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memantau dan mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden itu,” katanya.

Sebanyak 29 penumpang cedera dalam insiden itu.


Sebanyak 517 penumpang dilaporkan berada dalam tren itu yang bergerak pada kelajuan 16 km sejam apabila ia melanggar sebuah tren yang sedang berhenti di stesen Joo Koon di Jajaran Timur-Barat.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang cedera dan memerlukan bantuan konsulat dinasihatkan menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura di 301, Jervois Road, Singapura 249077 di talian +65 623 50 111/+65 688 76 231 atau e-mel: [email protected]. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT

Kategori