Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Lepas Kebas Duit, Pencuri...

ALAHAI... macam-macam. Mungkin 'dijentik' rasa serba salah, seorang pencuri bertindak meninggalkan nota memohon maaf...

‘Lelaki Kulit Kayu’ Dipulau...

WEIHUI (China) – Seorang lelaki dipulau penduduk kampungnya selepas menghidap sejenis penyakit yang...

Semua Universiti Awam Di...

KANGAR - Semua 20 universiti awam (UA) bersetuju agar penggunaan vape atau rokok...

Zamani Maafkan Individu Sebar...

PENYEBARAN video Zamani menyanyikan lagu Gerimis Mengundang ketika dalam tahanan pihak polis ekoran kes...

Muat Naik Video Kecewa, Nabila Tuju Untuk Aedy?

SEBELUM ini kita digemparkan dengan kemanisan episod ‘cinta’ penyanyi, Nabila Razali dan pelakon kacak, Aedy Ashraf yang kononnya rapat seakan sedang menjalin kasih.

Perkara itu bermula apabila pelantun lagu Pematah Hati itu berkongsi beberapa foto mesra mereka dia laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Namun ketika disoal oleh pihak media mengenai status perhubungan, penyanyi kelahiran ibu kota ini berkata mereka hanya sekadar teman rapat dan masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Baca: Nabila Razali, Aedy Ashraf Kini Hangat Dilamun Cinta?

Persoalan mengenai status tersebut menjadi semakin panas apabila Aedy dilihat telah berkongsi sekeping gambar bersama seorang gadis misteri menerusi Insta Storynya, semalam .

Wah..wah…Korang tengok lah sendiri gambar kat bawah ni. Mereka kelihatan begitu mesra sekali bukan? Siapakah gerangan gadis yang ‘memeluk’ Aedy itu ya?

Perkongsian Aedy itu telah menarik perhatian dan minat kami untuk menerjah ke lama Instagram milik Nabila dan jeng jeng jeng! Teka apa yang kami jumpa?

Berdasarkan tinjauan MYNEWSHUB menerusi instagram milik Nabila, penyanyi itu telah memuat naik satu video memaparkan dia sedang menangis seolah-olah sedang dikecewakan oleh seorang lelaki.

Rakaman berdurasi kurang daripada satu minit itu telah dimuat naik 2 jam selepas pemilik nama sebenar Mohammed Addy Ashraf Rosmadi berkongsi gambar ‘istimewa’ berkenaan.


Apa yang paling panas, penyanyi ini turut dilihat telah memadam semua gambar-gambar Aedy daripada akaun Instagram termasuk kenangan ketika sambutan hari lahirnya yang ke 25 baru-baru ini.

Rakaman yang mendapat lebih daripada 50,000 tontonan itu secara tidak langsung menimbulkan segudang tanda tanya dikalangan peminat industri seni hiburan tanah air.

Sementara itu menerusi laman Instagram milik Aedy pula, rata-rata netizen dilihat tidak henti-henti mengecam pelakon berkenaan dengan mendakwa kononnya dia mempermainkan perasaan Nabila.

Bagaimanapun, sehingga kini Aedy masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung gosip panas ini.

Okay, apa pendapat korang? Korang rasa video tu dituju khas untuk Aedy ke? Tak apa, sama-samalah kita tunggu kenyataan rasmi daripada mulut tuan empunya badan sendiri. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori