Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pogba Tak Percaya Mourinho?

LONDON - Spekulasi mengenai masa depan Paul Pogba di Manchester United terus memuncak...

PRN Johor: Pemberian Vaksin...

JOHOR BAHRU: Pemberian vaksin secara percuma kepada rakyat tidak seharusnya menjadi bahan kempen...

Isi Rumah Akses Ke...

KUALA LUMPUR – Isi rumah yang mempunyai akses ke Internet telah meningkat sebanyak...

Perintah ICJ ‘Tamatkan Era...

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, berkata keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) malam...

Mufti Menk, Ustaz Haslin Diharam Jejak Johor

SELEPAS Singapura mengharamkan kemasukan Mufti Besar Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim, kini tiba giliran Johor pula.

Kedua-dua penceramah ini didakwa boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian antara kaum.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata ia adalah titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

“Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum.

“Jabatan Agama Johor akan terus memantau perkembangan ceramah agama di negeri ini, bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum disampaikan,” katanya memetik portal BH Online.

Menurut sumber lagi, sebelum ini kedua-dua pendakwah diharamkan memasuk Singapura dengan alasan boleh menjejaskan keharmonian sosial dan menyebarkan pandangan yang boleh memecah belahkan rakyat.


Kementerian Dalam Negeri Singapura menyatakan Mufti Zimbabwe itu ceramahnya tidak membenarkan orang Islam memberikan ucap selamat bersempena perayaan individu berlainan agama.

Haslin pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam yang disifatkan sebagai menyimpang.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid sebelum ini berkata, negara tidak akan menghalang ceramah disampaikan oleh dua individu itu kerana mereka tidak pernah mencetuskan ketegangan antara pengamal beberapa agama dan kumpulan etnik. – MYNEWSHUB.CC

Kategori