Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

UMNO Tak Gentar Hadapi...

KEPALA BATAS - UMNO sudah melalui pelbagai episod hebat penentangan parti politik lain...

Wanita Trauma, Tak Sangka...

WINNIE M Li, 36, sedang melakukan aktiviti hiking di sebuah kawasan hutan di...

Telur Mentah Dengan Ulat...

SEKUMPULAN pengapit lelaki terpaksa mengharungi 'halangan' yang boleh meloyakan tekak sebelum dibenarkan membawa keluar...

Polis Tumpas Geng Curi...

BALIK PULAU - Polis melumpuhkan geng curi kereta Proton dikenali sebagai 'Geng Thiaggu'...

N.Sembilan Peruntuk RM6j Baik Pulih Pasar Seremban

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM6 juta untuk membaik pulih dan menaik taraf tingkat atas Pasar Besar Seremban, yang terjejas akibat kebakaran pada 9 Sept lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan telah melantik sebuah syarikat yang mempunyai prestasi rekod yang baik dalam senarai Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan tersebut.

“Kerajaan negeri memutuskan untuk melantik syarikat ini melalui direct award, kerana jika melantik melalui sistem tender, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk membaik pulih pasar ini.

“Saya yakin dengan kewibawaan syarikat yang dipilih, kerja akan dibuat dengan baik dan dijangka siap dalam Jun tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM1,500 seorang membabitkan 304 peniaga Pasar Besar Seremban yang terlibat dengan kebakaran, di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua MPS Datuk Abd Halim Abd Latif, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perladangan, Sumber Manusia dan Kampung Baharu negeri, Datuk L. Manickam, dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Sembilan Datuk Seri Dr Lim Chin Fui.

Mohamad berkata 292 gerai akan dibina di tingkat atas pasar tersebut, yang sebelum ini menempatkan medan selera, kedai menjual pakaian dan buah-buahan.


Tingkat bawah bangunan itu yang menjual barangan basah telah dinaik taraf pada tahun 2009 dengan kos RM7 juta.

“Pasar Besar Seremban merupakan jantung kepada bandar ini dan apa yang saya perhatikan ia menjadi lokasi pertemuan terutama untuk orang-orang tua berjumpa dengan rakan mereka.

“Jadi, saya minta MPS untuk mencari peruntukan bagi menyediakan kemudahan tangga bergerak (eskalator) untuk memudahkan warga tua, terutamanya, naik ke tingkat atas dan membeli barangan,” katanya. – BERNAMA

Kategori