Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Siswa Jaga Etika Dan...

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara...

Adly Zahari Bukan Pengikut...

MELAKA - Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata Adly Zahari berpegang kepada...

Terangsang Tonton Video, Murid...

BATU GAJAH - Akibat terpengaruh dengan video yang dilihat melalui telefon bimbit, seorang...

Kerajaan Negeri Rakam Takziah...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor malam ini merakamkan ucapan takziah atas kemangkatan...

NAFAS Sedia Tawar Peluang Pekerjaan Kepada Belia

KUANTAN – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bersedia menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan belia selepas tamat pengajian, menerusi pelbagai syarikat kendaliannya.

Pengerusi Peladang Nita Pahang Datuk Nazilah Abd Latif berkata NAFAS memerlukan tenaga kerja yang ramai dan berkebolehan serta berminat dalam bidang perniagaan berasaskan pertanian kerana skop bidangnya yang meluas.

“Apabila menyebut tentang NAFAS, masyarakat akan membayangkan sektor pertanian iaitu bercucuk tanam walhal kami mempunyai pelbagai bidang yang memerlukan kepakaran seperti kejuruteraan, pengurusan perniagaan dan sains makanan.

Antara pekerjaan yang boleh diisi oleh golongan muda ialah di bahagian teknikal, operasi kilang baja dan pemprosesan makanan manakala aspek perdagangan pula salah satunya memerlukan tenaga kerja dalam urusan mengimport baja kimia,” katanya.

Nazilah berkata demikian pada sidang media di Majlis Penutup Program Kemuncak Kerjaya 2017 di Kolej Vokasional Alor Akar di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengurus Besar Nafas Modal Insan Sdn Bhd Saharudin Mohd Dan.

Sejumlahi 500 pelajar menyertai program itu, yang bertujuan memberikan pendedahan kepada anak muda mengenai peluang yang terbuka kepada mereka untuk menyertai pertubuhan peladang kawasan di tempat masing-masing.


Nazilah yang juga Anggota Jemaah Pengarah NAFAS berkata pihaknya turut bersedia memberikan bantuan kepada golongan muda yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi terutamanya dalam kalangan anak peladang.

“Kita mahu memperkenalkan NAFAS sebagai satu entiti yang dekat dengan masyarakat bukan sahaja terhad kepada golongan petani bahkan orang biasa.

Ini kerana NAFAS dapat memberi manfaat kepada mereka apabila mendaftar menjadi ahli menerusi pegangan saham yang memberikan dividen setiap tahun selain berpeluang menceburi perniagaan dengan modal serta bimbingan lengkap,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • NAFAS

Kategori