Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelancong Warga India Dikhuatiri...

KUALA LUMPUR: Seorang mangsa dipercayai wanita warga India dikhuatiri terjatuh ke dalam lubang...

Rakyat Malaysia Maut Dihentak...

DUA lelaki termasuk seorang rakyat Malaysia meninggal dunia manakala seorang lagi berada dalam...

PRU Singapura Bermula Hari...

SINGAPURA - Rakyat Singapura mula mengundi bagi pilihan raya umum (PRU) 2015 sebaik...

Ahmad Dhani Bebas Dari...

AKARTA - Penyanyi popular Indonesia, Ahmad Dhani dibebaskan hari ini dari penjara Cipinang...

Najib Ceriakan Pagi Ahad Penduduk Kerinchi

KUALA LUMPUR — Suasana di sekitar kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Lembah Pantai pagi ini bertukar ceria dengan kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang tiba kira-kira 10.45 pagi melakukan tinjauan di pasar tani berhampiran serta bersalaman dan berbual mesra bersama peniaga di kawasan itu.

Dalam kunjungan itu, Najib antara lain bertanyakan kepada para peniaga tentang harga barangan seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran.

Najib kemudiannya menyertai orang ramai bersarapan di Kedai Pak Ayop Tip Top dengan pelbagai hidangan tradisional disediakan seperti nasi lemak dan kuih-muih.

Perdana Menteri memilih untuk menikmati nasi lemak dan kuih putu piring, selain minuman teh tarik kurang manis.

Bercakap kepada media selepas selesai bersarapan, Najib yang berada di situ lebih kurang 40 minit berkata beliau berbesar hati dapat meluangkan masa bersama komuniti setempat, khususnya untuk mengetahui lebih dekat sebarang kemusykilan yang dihadapi mereka.

“Saya nak nyatakan bahawa mereka begitu senang hati dengan Bajet 2018 yang menyeluruh dan inklusif…ia bukti bahawa apa yang kita dah umumkan menyentuh hati rakyat hingga peringkat akar umbi dengan bajet yang mesra rakyat.


“Mereka nak seseorang yang boleh berkhidmat untuk mereka, jadi kita kena pilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat,” katanya.

Menurut Najib, beberapa keperluan di kawasan PPR itu akan ditambah termasuk beberapa projek perumahan mampu milik pada masa depan.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional akan terus melakukan yang terbaik untuk kemajuan negara, sekali gus mencapai aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan berpaksikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Turut hadir pada program itu Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin. – BERNAMA

Kategori