Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ibu Bapa, Penjaga Cuai...

KUALA LUMPUR - Ramai yang masih tidak menyedari bahawa ibu bapa atau penjaga...

Sarjan Thailand Didakwa Rogol...

BANGKOK - Seorang sarjan mejar Thailand yang dijangkiti HIV ditahan dan didakwa atas...

Tak Balas Mesej ‘Good...

BATU PAHAT: Seorang penjaga stor mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari...

Rasuah: Penolong Pegawai Kesihatan...

SEGAMAT - Seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran Majlis Perbandaran Segamat (MPS) direman tujuh...

Najib Mahu ASEAN+3 Lihat Kesan Revolusi Industri 4.0

MANILA – Malaysia mahu negara-negara ASEAN menyediakan satu pelan tindakan bagi mendepani gelombang Revolusi Industri Keempat terhadap rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mencadangkan supaya diwujudkan Kumpulan III Visi Asia Timur bagi memantau kesan revolusi terhadap ekonomi negara-negara ASEAN Campur Tiga (China, Jepun dan Korea Selatan) dan mengutarakan langkah ke hadapan dalam mendepaninya.

Katanya, cadangan itu disampaikan semasa Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga di sini hari ini yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin ASEAN, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, Perdana Menteri China, Le Keqiang dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Bercakap pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini hari ini, Najib berkata ASEAN semakin diiktiraf dari segi kepentingan dan kedudukan strategiknya oleh kuasa-kuasa besar dunia dan serantau yang menyertai pelbagai mesyuarat yang diadakan sejak Ahad.

Antara yang turut hadir Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.


Malah, Najib berkata China juga bersedia mengurangkan ketegangan di Laut China Selatan yang menjadi konflik kerana pertindihan tuntutan beberapa negara, dan telah menyatakan kesediaan memulakan rundingan untuk memuktamadkan kerangka bagi Kod Tatalaku (CoC) tahun depan.

Selain itu, beberapa rakan dialog seperti India dan Australia pula mahu mengadakan Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India dan ASEAN-Australia di negara masing-masing pada Januari dan April tahun depan. – BERNAMA

Kategori