Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Joko Widodo Selesai Angkat...

Sebentar tadi, Joko Widodo selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden ketujuh Republik Indonesia dalam...

Malaysia Kaji Penggunaan Vaksin...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mengkaji penggunaan vaksin AstraZeneca Covid-19 di negara ini...

Bekas Pelajar Sarjana Bebas...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pelajar sarjana di sebuah universiti awam menarik nafas...

Peraturan Baharu Cermin Gelap...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan membenarkan penggunaan cermin gelap untuk bahagian cermin sisi kiri...

Najib Tiba Untuk Rundingan Tahunan Pemimpin

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin ke-21 Malaysia-Brunei yang dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, esok.

Pesawat yang membawa perdana menteri itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada jam 6.20 petang.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pendidikan, Brunei Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Datuk Seri Setia Awang Suyoi Osman serta Menteri Luar Negeri dan Perdagangan Kedua Brunei, Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Datuk Seri Setia Lim Lim Jock Seng.

Difahamkan sejurus selepas pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman esok, Najib akan turut diraikan dalam satu majlis santapan di istana berkenaan.

Terdahulu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Brunei, Datuk Ghulam Jelani Khanizaman dalam sidang media di sini, berkata hubungan Malaysia-Brunei ketika ini berada di tahap yang amat baik dan antara perkara yang dijangka akan dibincangkan termasuk berkaitan projek Lebuhraya Pan Borneo, kerjasama sektor pertahanan, pelancongan, serta minyak dan gas. – BERNAMA

Kategori