Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bangunan Sultan Iskandar Terima...

JOHOR BAHRU - Penduduk bandaraya ini gempar malam tadi apabila Bangunan Sultan Iskandar...

Lelong Cenderamata Perkahwinan Harry...

CLAIRE Oliver merupakan antara individu bertuah yang dijemput sebagai tetamu pada majlis perkahwinan...

Kaya Betul!! Dermawan Biayai...

Seorang saudagar belian dari India mencuri tumpuan dunia apabila dia berbesar hati membiayai...

Peraturan-Peraturan Kawalan Harga &...

PUTRAJAYA - Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang...

Nampak Ular Hubungi 999, Bukannya Tular

MIRI – Angkatan Pertahanan Awam (APM) menasihatkan orang awam agar menghubungi talian kecemasan 999 jika terjumpa ular di kawasan perumahan atau berdekatan untuk bantuan keselamatan segera.

Pegawai Pertahanan APM, Miri Kapten Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata orang awam di sini juga boleh hubungi terus talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri 085-430489 bagi membolehkan APM menangkap ular tersebut.

“APM Miri terima maklumat kes ular apabila ia tular dalam laman Facebook Miri Community. Jadi, saya menyarankan masyarakat menghubungi APM dengan segera jika mengalami kes sama,” katanya dalam kenyataan ringkas, di sini hari ini.

Untuk rekod, rakaman yang tular semalam mendapat kritikan netizen apabila individu yang merakam kejadian tidak ada inisiatif untuk melaporkan kepada APM, sebaliknya mempunyai masa merakam serta berkongsi dalam media sosial.

Rakaman seekor ular sawa sedang menelan seekor kucing di Kampung Wireless telah dikongsi oleh seorang individu semalam, namun kejadian itu dikatakan berlaku pada Selasa lepas. – BERNAMA

Kategori