Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Peninggalan Sejarah Melaka Legasi...

MELAKA - Peninggalan sejarah Melaka merupakan legasi luar biasa yang mencerminkan kegemilangan negeri...

Lebih 42,000 Hektar Hutan...

JAKARTA - Lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang direkodkan terbakar sejak Januari...

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 14,237 orang pada...

Swasta Perlu Hasil Inovasi...

LUMUT - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan meminta agar syarikat swasta melakukan inovasi unik...

Benih Jagung Bijian Mencukupi Menjelang 2023

SUNGAI PETANI – Negara dijangka mampu mengeluarkan benih jagung bijian yang mencukupi untuk kegunaan tempatan menjelang 2023 sebagai persediaan negara mengurangkan kebergantungan kepada jagung bijian import.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Sallehuddin Hassan berkata negara mengimport hampir 100 peratus jagung untuk makanan haiwan ternakan dengan nilai mencecah RM3.2 bilion.

“Ini merupakan antara sumber import paling tinggi dalam agromakanan negara yang menyebabkan imbangan dagangan sentiasa negatif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Penuaian dan Pusat Operasi Jagung Bijian Fase ke-3 Kampung Sungai Batu, Mukim Bujang, di sini hari ini.

Katanya segala fasiliti termasuk bantuan kewangan dan peralatan memproses jagung menjadi makanan haiwan sudah ada.

“Sebab itu kita menggalakkan lebih ramai pengusaha tanaman jagung di negara ini… malah menyasarkan sebanyak 20,000 hektar kawasan di seluruh negara akan dibangunkan dengan tanaman jagung, menjelang 2023,” katanya.


Mohd Sallehuddin berkata sehingga kini, terdapat 10 negeri yang menjadi lokasi berpotensi untuk projek penanaman jagung bijian iaitu Johor, Melaka, Pahang, Perak, Kedah, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak, yang keseluruhannya berkeluasan 758 hektar.

“Peruntukan berjumlah RM10 juta juga telah diagihkan bagi memperluas projek rintis tanaman jagung bijian iaitu RM5 juta bagi tujuan pembangunan tanaman jagung bijian, mekanisasi dan automasi (RM2 juta), pengawalan kualiti jagung bijian (RM2.5 juta), serta penyelidikan dan pembangunan varieti jagung bijian (RM0.5 juta),” katanya.

Dalam pada itu, tuaian kali ketiga di ladang yang diusahakan K. Ramanaidu sejak Julai tahun lalu di atas tapak berkeluasan 58 hektar tersebut menghasilkan jagung bijian sebanyak lapan tan per hektar, meningkat berbanding dua tuaian sebelumnya. – BERNAMA

Kategori