Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jabatan Kesihatan Perak Siasat...

IPOH - Jabatan Kesihatan Perak menjalankan siasatan terhadap aduan kompaun RM1,500 yang dikeluarkan...

Video: Gimnas Perancis Patah...

ATLIT gimnas lelaki pasukan Perancis, Samir Ait Said melalui pengalaman menyedihkan pada hari...

LHDN: 10 Syarikat, 6...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 pembayar cukai yang terdiri daripada 10 syarikat dan...

Video Lucah: Mufti WP...

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak ketinggalan...

Netizen Kecam Mia Cium Pipi Suami Atas Padang

SEMEMANGNYA bukanlah mudah untuk bergelar selebriti apabila setiap gerak geri diperhatikan oleh peminat dan setiap tingkah laku akan di judge oleh golongan ‘makcik bawang’ ni.

Terbaharu, pelakon Mia Ahmad telah dikecam oleh netizen si ‘makcik bawang’ apabila kononnya dia melakukan aksi tidak sopan di khalayak umum.

Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi, merupakan isteri kepada penjaga gol skuad Johor Darul Takzim (JDT), iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Sebagai isteri, mesti lah Mia teruja dengan kemenangan yang diperoleh pasukan JDT semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 ketika menentang pasukan Kedah di Stadium Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.

Jadi, Mia telah membuat satu video yang mana dia telah mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT dan suaminya sendiri. Mia dan Izham telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari lalu.

Congratulation sayang… I love you, kata Mia di dalam video itu dan secara spontan dia telah mencium pipi suaminya.

Disebabkan tindakan spontan Mia yang mencium pipi suaminya sendiri, dia telah dikritik dan dikecam oleh netizen kononnya menunjuk kebahagiaan kepada umum. Namun, Mia tak cepat melatah dan menjawab dengan tenang.

“Sebenarnya ciuman itu berlaku automatik sebab saya terlalu gembira untuk dia dan pasukannya. Dia bekerja keras untuk perlawanan itu.

“Pada saya ia adalah perkara normal bila kita rasa gembira untuk suami,” ujarnya kepada mStar Online.


Pelakon drama Hati Perempuan itu telah menjelaskan bahawa tindakannya tersebut berlaku secara spontan. Sebagai isteri, dia tahu bagaimana perit dan gigih suaminya bersama JDT berusaha untuk mempersiapkan diri bagi perlawanan akhir.

“Saya tidak pasti video itu viral sebab ‘sweet’ atau ramai yang kecam. Tapi kalau ada yang nak kecam suruh mereka periksa hati mereka semula,” ujarnya.

Namun, masih ada yang memberi sokongan kepada Mia kerana tindakannya itu bukanlah satu perkara yang berdosa sehingga boleh menimbulkan isu yang besar.


Alahai makcik bawang sekalian. Yang dia cium tu kan suaminya. Bukan boyfriend dia pun. Dah halal kan. Kenapa yang halal pun nak dipersoalkan? Yang tak kahwin dah peluk cium tu tak kisah pula kan?

Netizen zaman sekarang ni kalau boleh, semua benda mereka nak kecam. Ada pula yang sanggup buat fake account untuk kecam artis pula tu.

Banyak betul masa mereka ni kan. Susah lah nanti bila dah sampai masa dekat akhirat, nak merangkak minta maaf.  – MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori