Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jerebu: Bandaraya Melaka, Banting...

KUALA LUMPUR - Banting masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat...

Waris Rayu Cari Jalan...

TAWAU - Semua waris kepada lima mangsa culik sekumpulan lelaki pada Julai lepas...

PPBM Mahu Contohi Konsep...

ALOR GAJAH - Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan syarat bagi Parti Pribumi...

Khazanah Tidak Berminat Jual...

KUALA LUMPUR - Dana kekayaan berdaulat negara, Khazanah Nasional Bhd. tidak berminat untuk...

Netizen Kecam Nabil, Hazami Sudah Memaafkan

WALAUPUN baru minggu pertama, namun banyak pula kontroversi yang berlaku dalam konsert pengenalan program pertandingan Gegar Vaganza 4 pada Ahad lalu.

Selepas ditegur oleh Chef Wan, pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad kini sekali lagi dikecam oleh netizen kerana tingkah laku ‘liarnya’ bergurau kasar dengan penyanyi Hazami.

Insiden yang tidak disengajakan itu dilaporkan telah berlaku semasa penyanyi tersebut baru sahaja selesai membuat persembahan.

Nabil secara tak sengaja telah bergurau secara kasar dengan Hazami apabila pengacara itu telah memegang leher Hazami seterusnya membuatkan penyanyi itu agak tidak selesa.

Penonton yang menonton rancangan itu secara langsuang telah mengecam tindakan Nabil dan menyifatkan ianya kurang sopan dan membuatkan Hazami tidak selesa diperlakukan begitu.

Namun, sebagai penyanyi senior, Hazami memahami bahawa Nabil cuma sekadar bergurau sahaja walaupun ketika di atas pentas, raut wajah Hazami juga menunjukkan seakan-akan dia tidak selesa diperlakukan begitu.

Hazami atau nama penuhnya Norkamal Hazami Ahmad turut telah memuat naik satu gambar di Instagram miliknya dan mengatakan bahawa ianya sekadar hiburan sahaja.

Menerusi portal Kopi Planet, Nabil tampil menjawab segala kecaman berhubung isu itu kerana baginya perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan oleh sesetengah netizen.

“Hazami tahu apa yang berlaku, ia merupakan lawak dan gurauan di antara saya, dia dan Tok Ram (Datuk Ramli MS). Dia pangkat abang saya dan dia faham saya bergurau dengan dia.


“Saya pun memang tiada niat apa-apa, kami dah biasa bergurau ketika masa rehearsel. Saya bukan baru kenal dia, kami sudah kenal sejak saya baru masuk industri .

“Hazami antara artis pertama yang saya kenal, malah kami pernah buat show sama-sama dan dia tahu perangai saya macam mana.

“Bagi saya orang lain yang lebih-lebih, saya memang selalu gurau macam itu dengan Hazami di belakang pentas. Saya tak tahu apa isunya, sunnah nabi kan boleh salam, peluk, cium pipi lelaki.

“Misalnya kalau saya pegang kemaluan dia, itu baru gangguan seksual, saya tanya awak leher itu kemaluan ke? Yang bercakap ini mereka tak tahu ke sunnah nabi kalau bersahabat lelaki, boleh sampai cium pipi, benda itu sunnah, tak tahu ke?

“Kalau setakat pegang leher, mereka kata saya buat gangguan seksual, mereka tak tahu hukum agama ke? Tak belajar ke atau saja nak cari pasal dengan saya, apa masalah mereka ni?” luahnya dengan nada kesal ketika dihubungi KopiPlanet.com.

Benar, mungkin kadang kala gurauan Nabil agak kasar, namun sebagai pengacara yang berpengalaman, pasti dia tahu di mana had untuk dia bergurau dengan peserta atau juri pertandingan itu.

Sedangkan Hazami sendiri faham bahawa itu semua adalah gurauan mereka, mengapa netizen pula yang over nak hentam sana sini?

Haihh… Netizan ni pun tak ada benda lain ke nak kecam? Benda macam tu sebenarnya bukan isu besar pun.-MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori