Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

PM Sertai Warga Kota...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin...

KPDNKK Sabah Kompaun Tujuh...

KOTA KINABALU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah mengeluarkan...

RM10 Juta Untuk Usahawan...

LIPIS : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM10 juta kepada 950 usahawan...

Harap Ada Wakil Rakyat...

SEREMBAN - Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar akan ada wakil...

Nikah Hari Ini, Mell Mahu Terus Pelajari Agama Islam

TAHNIAH diucapkan kepada pengantin baharu, Melly Matius yang merupakan vokalis kumpulan Sakura Band, dengan pilihan hatinya seorang pemain drum kumpulan 6ixth Sense, Mohammad Safwan.

Baca: Alhamdulillah, Vokalis Sakura Band Masuk Islam

Mereka telah selamat diijab kabulkan pagi tadi dekat Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Mell dikatakan telah mengenali pasangannya itu sejak tahun 2012 dan memilih untuk tidak berkongsikan kisah cinta mereka daripada pihak media mahupun peminat.

“Saya kenal Wan pada tahun 2012 melalui rakan. Sejak itu kami mula rapat dan menjalinkan hubungan.

“Tapi rasanya tak ramai yang tahu sebab memang kami tidak berkongsi di laman sosial.

“Saya lebih fokus pada karier nyanyian dan kumpulan Sakura Band,” ujarnya dipetik daripada mStar Online.

Bagi Mell, 29, dia sudah bersedia jika ada mana-mana pihak yang menuduh dia memeluk Islam semata-mata untuk mendirikan rumah tangga.

Tapi baginya, dia tidak menafikan sama sekali niatnya yang memluk agama Islam bertujuan untuk berkahwin kerana ia membawa ke arah kebaikan dan bukannya kepada keburukan.

Mell telah memeluk agama Islam sekitar Oktober lalu dan dia mengambil keputusan sedemikian selepas mendapat sokongan daripada ibunya sendiri, Nur Batrisyah yang juga merupakan seorang mualaf.


“Tak kisah orang nak cakap saya peluk Islam sebab nak kahwin. Memang tak nafikan ia salah satu sebab saya ambil keputusan untuk berhijrah.

“Bagi saya, perkara itu membawa saya kearah kebaikan bukan keburukan pun.

“Sekarang ini saya masih lagi belajar dan Insya-Allah akan terus belajar mengenai Islam selepas berkahwin,” tambahnya.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan bakal berlangsung pada Ahad ini dekat Dewan Wisma Wanita Kota Kinabalu, Sabah.

Manakala, bagi pihak lelaki pula akan diadakan pada 24 Disember bulan hadapan di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Semoga dengan perkahwinan ini akan mendekatkan lagi hubungan Mell dengan Yang Maha Pencipta. Mudah-mudahan majlis perkahwinan mereka dipermudahkan segala urusannya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori