Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jakim Akan Ambil Keterangan...

PASIR PUTEH - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil peguam Siti Zabedah...

Man United, Man City...

MANCHESTER United bersedia untuk bersaing dengan Manchester City dan Real Madrid untuk mendapatkan...

Nafi Letak Jawatan, Zeti...

KUALA LUMPUR - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz...

Sikap Yang Betul Diambil...

KUALA LUMPUR - Apa yang akan membezakan siswazah dengan pesaing lain dalam temu...

Objek Disyaki Janin Ditemukan Dalam Longkang

KUALA LUMPUR – Satu objek yang disyaki janin manusia dijumpai di dalam longkang di sebuah blok Flat PKNS SS8, Petaling Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita yang merupakan ketua blok flat berkenaan pada 6.52 petang.

“Wanita berusia 58 tahun itu memaklumkan objek berkenaan ditemukan oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di flat itu. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga saluran yang berhubung dengan longkang objek itu ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya majoriti penghuni flat itu adalah warga asing yang bekerja di kawasan perindustrian berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan. – BERNAMA

Kategori