Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

‘Kami Risau Cencaluk Dan...

KLEBANG : Jika sampai ke Melaka, sudah tentu cencaluk dan belacan Melaka antara...

Ketamin Dalam Guni Jagung

KUALA LUMPUR - Guna taktik sembunyikan peket dadah ketamin gred A di dalam...

Guru Durjana Seksa Budak...

BEIJING - Pekerja di sebuah pusat terapi pertuturan di Nanchang didapati memukul, menampar...

Hilang Ketika Periksa Pukat...

KOTA SAMARAHAN - Ismandi Osman, 38, yang dilaporkan hilang ketika memeriksa pukat di...

Ong Gesa PKS Terjejas Banjir Minta Bantuan Tabung Kecemasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Pulau Pinang dan Kedah yang terjejas banjir baru-baru ini supaya mendapatkan bantuan daripada Tabung Kecemasan PKS.

Menteri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, tabung itu adalah bantuan kewangan disediakan SME Corp Malaysia dengan kerjasama Malaysian Industrial Development Finance Bhd.

“Dengan peruntukan RM10 juta, tabung itu boleh menyediakan bantuan maksimum sebanyak RM100,000 bagi setiap syarikat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Seminar Pelaburan Kebangsaan 2017 anjuran Perbadanan Pembangunan Perindustrian Malaysia di sini, hari ini.

Ong berkata, bantuan yang diberikan tabung tersebut adalah dalam bentuk hibrid, iaitu pinjaman mudah dan geran.

“Bantuan dalam bentuk geran dengan nilai maksimum RM20,000 diberikan untuk memperbaiki premis perniagaan serta mesin dan peralatan yang rosak,” katanya.

Ong berkata, pinjaman mudah dengan maksimum RM100,000 serta kadar faedah tiga peratus setahun diberikan sebagai modal kerja bagi pembelian bahan mentah, tidak termasuk gaji dan sewa, pembelian mesin dan peralatan serta perabot untuk premis.


Menurutnya, PKS yang berminat boleh mengunjungi pejabat SME Corp di seluruh negara bagi menyerahkan borang permohonan serta dokumen berkaitan.

Tabung itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktober 2011 semasa pembentangan Bajet 2012.

Sebanyak 72 PKS di Kelantan, Pahang dan Perak mendapat manfaat daripada dana berkenaan dengan menerima geran berjumlah RM440,000 pada 2016. – BERNAMA

Kategori