Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Azmin Diejek Ketika Berucap...

PETALING JAYA - Sorakan mengejek jelas kedengaran apabila Mohamed Azmin Ali berucap di...

Ibu Pejabat MetMalaysia Ditutup...

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ditutup sejak pukul 10 pagi...

BN Kelantan Lancar Manifesto...

KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan melancarkan manifesto peringkat negeri sempena...

23 Mangsa Di Kuala...

KUANTAN - Seramai 23 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Beletik, Lubuk Kulit,...

Orang Asli Adakan Tunjuk Perasaan Besar-Besaran

BOGOTA – Lebih 100,000 Orang Asli mengadakan tunjuk perasaan di 15 wilayah Colombia bagi mendesak pelaksanaan beberapa item etnik yang termaktub dalam Perjanjian Damai dan mengutuk pembunuhan pemimpin mereka.

Dianjurkan oleh Komuniti Orang Asli Serantau Cauca (CRIC) dan Persatuan Orang Asli Nasional Colombia (ONIC), golongan itu turut membantah kegagalan kerajaan dalam mengotakan janji dari segi kesihatan, pendidikan dan pertanian.

Seawal pagi Rabu, perarakan tunjuk perasaan itu diadakan di depan 30 majlis perbandaran, antaranya Cauca, Choco, Nariño, Norte de Santander, La Guajira dan Tolima.

Mengulas tuntutan Orang Asli terbabit, Menteri Dalam Negeri Guillermo Rivera mengesahkan bahawa satu delegasi peringkat tinggi akan bergerak pada Khamis ke bandar Caldono di Cauca bagi memulakan rundingan dengan wakil Orang Asli di kawasan itu, yang dianggap ibu pejabat Minga Nacional Indigena.

Beliau juga berkata para menteri dan timbalan menteri akan mengambil bahagian dalam rundingan itu, pada tarikh dan di tempat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Orang Asli.


Rivera turut menyeru Orang Asli agar mengelak daripada menghalang jalan dan laluan serta mengadakan tunjuk perasaan itu dalam keadaan aman.

Terdapat lebih 1,300,000 Orang Asli di Colombia, yang dikumpulkan di 86 komuniti dan memiliki 65 bahasa.

Satu siasatan oleh ONIC menunjukkan bahawa dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2017, sejumlah 25 pemimpin Orang Asli dan pihak berkuasa tradisional telah dibunuh di Colombia, selain 24 anggota komuniti lembaga bertindak komuniti Orang Asli. – BERNAMA-NNN

Kategori