Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Berhati Mulia Tawar...

Akibat keperluan hidup seperti  makanan lebih utama, maka sesetengah individu terutama gelandangan, terpaksa...

How to Create A...

And therefore, if you're asked to write this type of essay, it'll be...

Muhyiddin Zahir Ucapan Takziah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menzahirkan ucapan...

Lagi Pesawat AirAsia Terpaksa...

Sebuah pesawat AirAsia dalam penerbangan menuju Timur Laut Thailand terpaksa berpatah balik ke...

PAC Bentang Laporan Kolej Tentera Udara, Projek Air

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah mendapatkan penjelasan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 15 Mac lepas berhubung beberapa kelemahan dalam pengurusan pembinaan Kolej Tentera Udara Kepala Batas, Kedah.

Pengerusinya Datuk Seri Hasan Ariffin dalam laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen hari ini berkata, mesyuarat prosiding itu adalah susulan penemuan Jabatan Audit Negara (JAN) dalam pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2014 Siri 1 yang dibentangkan di Parlimen pada 6 April 2015.

Hasan berkata, sewaktu mesyuarat prosiding itu berlangsung, anggota PAC Parlimen telah membangkitkan isu-isu, antara lain, berhubung nilai keseluruhan projek yang belum dimuktamadkan; jumlah peningkatan bagi pembayaran yuran perunding belum dimuktamadkan kerana nilai keseluruhan projek belum diselaraskan; serta dokumen kontrak telah lewat disempurnakan selama 16 bulan selepas mengambil kira tempoh empat bulan yang dibenarkan.

Selain itu, katanya lagi, isu-isu lain yang dibangkitkan ialah sebahagian kerja binaan yang dilaksanakan kurang berkualiti; bangunan tidak diduduki sepenuhnya walaupun telah siap dibina; serta kemasan lantai kurang memuaskan seperti kerja elektrikal & mekanikal tidak sempurna dan kemasan di tangga tertanggal.

Dalam pada itu, PAC turut membentangkan laporan mengenai Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Sabah Di Bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Hasan berkata, Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan Timbalan Pengarah JANS, Teo Chee Kong yang mewakili JANS telah dipanggil pada 7 Sept 2016, susulan penemuan JAN dalam laporan audit yang sama.


Beliau berkata, dalam mesyuarat prosiding itu, anggota PAC membangkitkan persoalan mengenai sistem retikulasi Projek BALB Pulau Gaya.

Selain itu, katanya lagi, anggota PAC turut mengadakan lawatan kerja ke Pulau Gaya pada 15 Jan lepas untuk melihat sendiri projek berkenaan.

Hasan berkata, orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti Laporan PAC Parlimen berhubung pengurusan pembinaan Kolej Tentera Udara dan projek air berkenaan boleh memuat turun laporan berkenaan di laman web PAC www.parlimen.gov.my/pac. – BERNAMA

Kategori