Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Laksana 2.6 Juta...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan lebih 2.6...

Mangsa Lemas Di Sungai...

PEKAN - Mayat seorang lelaki yang bertindak terjun ke dalam Sungai Pahang selepas...

Anwar Tak Tahu Ura-Ura...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari...

47 Maut Dalam Serangan...

SANAA, Yaman - Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dalam serangan bom nekad di ibu...

Pahang Bentang Bajet Lebihan Kali Ke-15 Sejak 1992

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang hari ini membentangkan bajet lebihan sebanyak RM640,000 untuk tahun 2018 yang juga bajet lebihan yang ke-15 sejak tahun 1992.

Menteri BesarDatuk Seri Adnan Yaakob berkata pada tahun depan kerajaan negeri menganggarkan kutipan hasil sebanyak RM700.64 juta manakala perbelanjaan mengurus berjumlah RM700.04 juta.

“Walaupun tidak banyak, yang penting surplus. Saya ingin tegaskan tahun ini, Bajet Negeri 2018 adalah bajet surplus sebab inilah yang akan dimainkan oleh pembangkang, jadi saya ingin tegaskan bajet tahun ini adalah surplus…bukan defisit ,” katanya.

Adnan berkata demikian ketika membentangkan Bajet Pahang 2018 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di Wisma Seri Pahang di sini hari ini.

Menurutnya Bajet 2018 yang bertemakan ‘Mengurus Kewangan Negeri Mengikut Kemampuan Kewangan Yang Ada Tanpa Mengabaikan Kepentingan dan Kebajikan Rakyat’ itu juga menyediakan peruntukan pembangunan dengan anggaran RM108.57 juta.

Katanya kutipan hasil kerajaan negeri pada tahun depan dijangka diperoleh daripada kutipan hasil tanah dan galian RM337.7 juta, hasil perhutanan berjumlah RM102.4 juta, hasil airberjumlah RM12.5 juta, pemberian geran yang akan diterima daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM159 juta, dan lain-lain hasil berjumlah RM88.9 juta.

“Bagi peruntukan pembangunan pula, jumlah peruntukan 2018 dikurangkan sebanyak 44.6 peratus kepada RM58.5 juta berbanding RM105.73 juta pada tahun lepas. Peruntukan hanya dikhususkan bagi projek sambungan dan program sedia ada sahaja.

“Kerajaan negeri masih lagi memperuntukkan RM50 juta bagi Pembangunan Bekalan Air untuk Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) daripada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri,” katanya.

Menyentuh tentang pertumbuhan ekonomi, Adnan berkata ekonomi negeri turut berkembang pesat selari dengan arus globalisasi dan pada tahun 2016, kerajaan negeri telah mencatatkan peningkatan dalam nilai pelaburan sebanyak RM5.2 biliont berbanding RM3.9 bilion pada Tahun 2015.

“Pahang juga secara konsisten telah menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara iaitu pada kadar 4.4 peratus bagi tahun 2016 dan 4.2 peratus pada Tahun 2015.


“Kadar penyertaan tenaga buruh pada tahun 2016 adalah 66 peratus di mana perkembangan ini adalah didorong oleh tenaga kerja baharu yang memasuki pasaran selain peluang-peluang pekerjaan baharu yang ditawarkan mampu menarik minat tenaga kerja,”katanya.

Sementara itu kadar penggangguran di negeri ini pula jauh lebih rendah iaitu 2.6 peratus berbanding peringkat nasional 3.4 peratus.

Dalam masa yang sama, Adnan berkata sektor perkhidmatan masih lagi terus menerajui KDNK ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 49 peratus iaitu RM22.93 bilion ringgit pada tahun 2016.

Katanya bagi tempoh “Rolling Plan” pertama Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2017) pula, sebanyak 331 projek dengan nilai pelaburan melebihi RM2.4 bilion ringgit telah diluluskan di negeri ini melalui agensi-agensi pelaksana.

Mengakhiri pembentangan bajet yang memakan masa lebih 50 minit itu, Adnan turut mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada 8,000 penjawat awam negeri.

Menurut Adnan, bantuan khas itu akan dibayar dua kali iaitu sebanjyak RM1,000 pada awal Januari dan RM500 dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri. – BERNAMA

Kategori