Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Peminat Messi Terpaksa Lari...

Murtaza Ahmadi, pernah menjadi sensasi internet selepas gambarnya memakai kemeja -t bintang bola...

Isu Gambar Separuh Bogel:...

SETELAH seminggu berlalu, aktres popular Tasha Shila akhirnya mengakui telah membuat laporan polis berkaitan kontroversi gambar...

Linda Onn, Hefny Kendali...

KUALA LUMPUR – Bermula esok, Sinar FM memperkenalkan segmen hujung minggu baharu iaitu...

Lelaki Letak ‘Pod’ Vape...

PETALING JAYA – Rata-rata pengguna laman Twitter berang susulan tindakan ‘kurang cerdik’ seorang...

PAS Ucap Takziah Kepada Rakyat Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Banjir besar di Pulau Pinang membuktikan bencana kemanusiaan merupakan suatu musibah yang boleh menimpa dimana sahaja dan kepada sesiapa sahaja.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan dalam satu kenyataan berkata PAS merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan DAP Pulau Pinang di atas bencana banjir tersebut.

“PAS akan mengerahkan seluruh jentera parti yang terdiri dari Khidmat Malaysia, Petugas Unit Amal, jentera parti bagi membantu semua mangsa yang terlibat.

“Semoga semua pihak yang terlibat bersabar dan mengutamakan keselamatan. Kepada Allah kita berserah dan kepada Allah kita mohon pertolongan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam membuat kenyataan terbuka kepada pihak media merayu kepada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) supaya memberi bantuan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk menangani bencana banjir besar di negeri itu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP malah mengakui menghubungi sendiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri awal pagi ini bagi meminta bantuan dan Ahmad Zahid sanggup mengangkat panggilannya pada pukul 3.30 pagi sebelum segera mengerahkan bantuan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini turut turun ke Pulau Pinang bagi memantau bencana banjir di negeri itu.

Ironinya, Guan Eng yang juga pimpinan tertinggi Pakatan Harapan pada 27 Januari 2015 pernah menuduh kononnya banjir yang berlaku di Kuala Lumpur adalah disebabkan rasuah dalam kerajaan BN dan beliau turut membuat tuduhan sama ke atas kerajaan PAS Kelantan.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada tahun 2013, Guan Eng malah pernah memberi jaminan kepada rakyat jika DAP dan pakatan pembangkang diberi kuasa, mereka akan menyelesaikan masalah banjir hanya dalam tempoh beberapa tahun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori