SEMAKIN kita menghampiri Pilihan Raya Umum, akan muncul lebih banyak fitnah diceritakan sama ada melalui ceramah di pentas mahupun melalui penceritaan maya di media sosial.
Ini terutamanya, tentang kelembapan perniagaan yang konon berlaku di banyak pusat beli-belah dan kedai runcit, serta cerita-cerita berkaitan penutupan kedai-kedai dan pasar raya tertentu.
Ia tentunya dalam usaha mereka untuk beri gambaran bahawa konon ekonomi Malaysia berada pada keadaan yang buruk. Sebagaimana dulu pihak pembangkang pernah mempergunakan hal penutupan beberapa cawangan bank.
Walhal yang SEBENARNYA BERPUNCA daripada peralihan kecenderungan pelanggan kepada sistem perbankan dalam talian (online banking), tetapi fakta ini disorok demi mengelirukan minda rakyat.
Mereka mendakwa kononnya cawangan-cawangan bank itu ditutup kerana ekonomi negara yang teruk. Padahal hakikatnya, bank-bank ini mencatatkan rekod keuntungan tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Jadi kenapa cawangan-cawangan itu ditutup? Cuba tanya diri anda sendiri, berapa banyak kali anda pernah berbaris dan berurusan di cawangan-cawangan ‘bank fizikal’ sejak beberapa tahun kebelakangan ini?
Sebaliknya, perbelanjaan domestik, iaitu jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia dalam negara ini telah meningkat sebanyak 7.1% (6.6% untuk suku kedua 2017).
Walau bagaimanapun, pertumbuhan jualan runcit dijangka hanya berkembang sebanyak 3.7% pada tahun 2017. Ini kerana terdapat perubahan ketara yang menyeluruh dalam corak/kaedah pembelian di seluruh dunia.
Yang mana, seperti rakyat negara lain juga, didapati rakyat Malaysia kini lebih cenderung untuk membeli-belah secara atas talian (online) sekali gus telah mengubah cara rakyat Malaysia berbelanja.
Hal ini secara tidak langsungnya telah menyebabkan jumlah pengunjung yang datang ke pusat-pusat beli-belah menjadi semakin berkurangan. Ia tidak lagi tertumpu kepada outlet-outlet fizikal.
Ditambah pula dengan pembinaan dan pengwujudan pusat beli-belah yang terlalu banyak terutamanya di Lembah Klang, ada antara gedung ini yang telah/akan menghadapi tekanan.
Ia akhirnya akan mengakibatkan penutupan – corak yang sama anda dapat lihat di seluruh dunia. Apa yang pasti, ia bukanlah disebabkan oleh keadaan ekonomi yang buruk atau kononnya negara akan bankrap. Tidak.
Ini adalah trend global – jadi usah terpedaya dengan propaganda para propagandis murahan ini.
A.D.A.M.
Aku Darah Anak Malaysia
__
Eric See-To.
—-
SEP 8, 2016 : Five years from now, one-third of China’s shopping malls will be out of business, report says
http://shanghaiist.com/2016/09/08/one_third_shopping_malls_gone.php
JUN1, 2017: Up to 25% of U.S. shopping malls may close in the next five years, report says
http://www.latimes.com/business/la-fi-malls-closing-20170531-story.html
Oct 23, 2017: Singapore Malls’ Amazonian Emptiness
https://www.bloomberg.com/gadfly/articles/2017-10-23/singapore-malls-are-primed-for-amazon-s-click-de-grace