Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kadar Elaun Sara Hidup...

PUTRAJAYA: Seramai 24,729 pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menerima kenaikan Elaun...

Segerakan Tindakan Tangani Masalah...

BUKIT MERTAJAM - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan...

Taufan Irma ‘Bantu’ 100...

FLORIDA -Ā Lebih 100 banduan mengambil kesempatan terhadap bencana alam dengan meloloskan diri selepas...

Nama Ronaldo Diabadikan Di...

SUSULAN kejayaan pasukan Portugal memenangi piala Euro 2016, nama kapten pasukan Cristiano Ronaldo,...

PATI Cuba Samun Kedai Serbaneka Ditahan

TAWAU – Polis menahan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyamun sebuah kedai serbaneka di Jalan Kuhara di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12 tengah malam itu, lelaki berumur 37 tahun yang memakai topi keledar dan bertopeng meluru masuk ke kedai tersebut lalu mengacukan pedang samurai ke arah pekerja kaunter sambil mengarahkannya menyerahkan wang.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata sepasukan polis yang sedang melakukan Ronda Cegah Jenayah di sekitar kawasan tersebut melihat insiden itu dan masuk ke dalam premis tersebut sebelum memberi amaran kepada suspek.

Polis kemudiannya menahan suspek itu dan turut merampas sebilah pedang samurai yang berhulu kayu panjang kira-kira 60cm serta sebatang pemutar skru berhulu hitam termasuk topeng muka, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hasil siasatan awal, Fadil berkata suspek yang juga positif dadah jenis Syabu dan memiliki rekod jenayah lampau termasuk beberapa kali dipenjara atas kesalahan dadah serta pernah diusir ke negara asalnya Filipina mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 pada 2006.


Suspek yang mengaku terlibat dalam kes samun itu direman hari ini. – BERNAMA

Kategori