Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dua Polis Dan Tiga...

Dua anggota polis dan tiga penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihadapkan ke...

LZS Perkasa Pengurusan Zakat...

MENUJU ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengorak...

Mangsa Nafsu Bapa, Budak...

KISAH jenayah dari seberang ini pasti membawa airmata kepada insan yang benar-benar menjiwai...

Amaran Angin Kencang Di...

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan...

PATUT Sokong Cadangan TPM Tubuh Pasukan Khas

KUALA TERENGGANU – Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (PATUT) menyambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengkaji kewujudan orang tengah yang dikatakan menjadi penyebab harga barangan melebihi harga pasaran.

Presiden PATUT, Amir Hakimin Mohd Razali berkata penubuhan itu akan memberi kelegaan kepada golongan sederhana dan kurang mampu yang terbeban akibat tambahan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kebanyakan negeri di Pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang akan mengalami musim tengkujuh di penghujung tahun dan ini mungkin akan mengganggu hasil tanaman dan tangkapan hasil laut, sekali gus melonjakkan kenaikan harga barangan terutama barang keperluan.

“Keadaan ini juga akan bertambah buruk akibat sikap tidak bertanggungjawab seperti manipulasi harga, menyembunyikan stok barangan secara haram dan pencatutan.

“Kebanyakan barangan ini adalah barangan keperluan asas dan pengguna tidak mempunyai pilihan, jadi mereka terpaksa membelinya. Ini sekaligus mendorong sesetengah orang tengah dan peniaga tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan,” katanya kepada Bernama hari ini.


Amir Hakimin berkata peningkatan kos sara hidup yang drastik ini amat mengganggu situasi rakyat akibat ketidakcukupan pendapatan untuk menampung keperluan asas serta bebanan hutang yang ditanggung bagi menampung kenaikan kos barangan, perkhidmatan dan juga keperluan harian.. – BERNAMA

Kategori