Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hampir Pasti Parlimen Dibubar...

KUALA LUMPUR - Parlimen ke-13 bakal dibubarkan pada hari esok, Jumaat, 6 April,...

Menarik.. Kisah Mona Fandey...

PASTI anda tertanya-tanya siapakah gerangannya pemilik nama Maznah Ismail, tetapi bila disebut nama...

Muhyiddin Saksi Penyerahan Tugas...

KUALA LUMPUR - Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia...

Kepala Raksasa Laut Ditemui...

GURUN BLACK ROCK, NEVADA – Satu fosil kepala raksasa laut gergasi menyamai saiz...

Pekebun Sayur Maut Dalam Kemalangan Di Sarikei

SARIKEI – Seorang pekebun sayur maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam satu kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta Proton Wira di Km13 Jalan Sarikei-Bintangor sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa Fong En Ben, 57 sedang dalam perjalanan menghantar sayur jualannya dari Sungai Baron ke bandar Sarikei manakala kereta tersebut dalam perjalanan dari Sibu ke Kuching.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei, DSP Zamry Ali yang mengesahkan kemalangan itu berkata pekebun sayur itu maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta, lelaki berusia 46 tahun, penumpang wanita 45 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun tidak mengalami kecederaan.

Dikatakan mangsa cuba membelok untuk memasuki sebuah simpang sebelum dilanggar dari belakang oleh kereta itu yang memotong sebuah lori.


Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut punca kemalangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori