Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RM276 Juta Bina 7...

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM276 juta bagi pembinaan tujuh fasiliti sukan di...

Polis Buru Empat Lelaki...

Ipoh : Polis memburu empat lelaki dipercayai orang upahan Along yang bertindak menyamun...

Senarai Konon Calon MB...

SHAH ALAM - UMNO Selangor menafikan buat sebarang perbincangan mengenai bakal menteri besar...

10 Perkara Paling Best...

BAGI yang memilih untuk berkahwin pada usia muda, ada antaranya terpaksa menerima tentangan atas...

Pelajar Perubatan Miss World 2017

SANYA – Pelajar perubatan dari India, Manushi Chhillar, 20, dinobatkan sebagai Miss World edisi ke-67, tahun ini, sekali gus mengikut jejak aktres terkenal Bollywood, Priyanka Chopra dan Aishwarya Rai.

Chhillar yang juga seorang penari tarian klasik India terlatih, ialah wakil keenam dari negara itu yang memenangi pertandingan ratu cantik berkenaan.

Kemenangannya itu meletakkan India setaraf dengan Venezuela, sebagai negara yang paling banyak mencatat kemenangan dalam sejarah Miss World.

“Terima kasih semua atas segala sokongan dan kasih sayang. Kemenangan ini hadiah untuk India,” katanya di Twitter.

Beliau menerima mahkota Miss World daripada pemenang tahun lalu, Stephanie del Valle dari Puerto Rico, dalam satu majlis di sini, semalam. – AFP/BH ONLINE

Kategori