Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Trump-Obama Bertemu, Bincang Peralihan...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan penggantinya, Donald Trump bertemu...

Duit Simpanan Hampir Habis,...

SELAMA enam bulan, pelakon Puteri Aishah terpaksa menggunakan wang simpanannya untuk menampung kos...

“Aiman Dah Cuba Terbaik,...

MENJADI penyanyi genre hip-hop bukanlah mudah bagi sesetengah penggiat seni. Namun ianya tidak...

Sistem Pendawaian Elektrik 50...

SEGAMAT - Kementerian Kesihatan Malaysia akan menaik taraf sistem pendawaian elektrik 50 hospital...

Pelajar Universiti Berani Hadapi Revolusi Industri 4.0

KUALA LUMPUR – Pelajar universiti digalakkan untuk bersikap berani dalam menghadapi pelbagai cabaran yang datang bersama-sama revolusi industri keempat (Industri 4.0).

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Ir Dr Ahmad Zaidee Laidin berkata dalam dunia sekarang yang semuanya berubah dengan cepat, pelajar universiti perlu berfikiran terbuka, mampu bergerak ke hadapan dan berkembang maju.

“Saya sudah ada sejak revolusi industri pertama. Walaupun saya mendapat latihan dalam bidang kejuruteraan, saya menyesuaikan diri dengan keadaan itu dan kini saya seorang pendidik,” katanya pada Forum Pendidikan Tinggi Malaysia (MyHEF) 2017: Mereka Bentuk Semula Pendidikan bagi Industri 4.0, di sini, hari ini.

Menegaskan bahawa siswazah tidak perlu takut dengan evolusi teknologi yang akan menjejaskan pasaran kerja, Ahmad Zaidee berkata kerja juga akan berubah mengikut masa.

“Data menunjukkan 60 peratus kerja pada masa ini sudah tiada lagi di masa depan berikutan kemajuan teknologi dan ini bukan perkara baharu kerana sudah berlaku sejak revolusi industri pertama lagi. Kerja-kerja baharu akan wujud. Jangan takut untuk mengambil cabaran itu,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Centre for Research, Advisory and Technology (CREATE) Ng Yeen Seen, yang merupakan antara lima anggota panel pada forum itu berkata beliau percaya pembelajaran sepanjang hayat menerusi kursus-kursus dalam talian akan memberikan impak terhadap pendidikan tradisional berikutan sistem mengalami evolusi.


“Kini semuanya boleh didapati secara dalam talian, menjadikan apa yang sedang dipelajari tidak relevan dalam perkara tertentu. Oleh sebab itu, pelajar perlu memiliki kemahiran insaniah, terutamanya dalam komunikasi kerana ia amat penting untuk maju ke depan,” katanya.

Menurutnya teknologi boleh menggantikan kerja tetapi tenaga kerja manusia akan kekal relevan.

“Robot dicipta oleh manusia. Ia tidak memiliki kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah dan pastinya tidak berfikir di luar kotak dan inovatif. Ini semua dimiliki kita (manusia),” katanya.

Forum yang dikendalikan Danial Abdul Rahman sebagai moderator itu turut disertai CEO Saora Industries Ganesh Muren; Aktivis Belia Haryaty Hamdzah dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya Hazwan Syafiq Haznain. – BERNAMA

Kategori