Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Wanita Tunjuk Tarian...

BARANGKALI inilah tarian paling seksi dan mantap yang pernah ditunjukkan di majlis perkahwinan!Video...

“Pilih Saya Atau Isa”...

KUALA LUMPUR - Krisis dalaman anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings Berhad...

Agong Lawat Pusat Ramalan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Tiada Lokasi Jangkitan Baharu...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar hari ini memaklumkan tiada lokasi baharu yang disahkan...

Pembangkang Serang Peribadi, Tanda Tidak Matang

SEMPORNA – Tindakan parti pembangkang menggunakan taktik serangan peribadi untuk menjatuhkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini disifatkan sebagai ketandusan modal untuk meraih undi rakyat.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Sakaran berkata sebelum ini, serangan persepsi sering dilakuKlkan pembangkang untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti pemimpin UMNO dan BN namun ternyata cara kotor itu tidak menganggu-gugat pemimpin parti untuk konsisten dalam membantu rakyat.

“Kita berpolitik matang, di pihak kerajaan kita tidak membuat serangan peribadi terhadap pembangkang.

“Setiap tohmahan fitnah pembangkang kepada kerajaan kita ambil pendekatan dengan menerangkan perkara sebenar kepada rakyat daripada menyerang peribadi atau menanam persepsi negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis konvokesyen mini kanak-kanak tabika kemas gabungan Dewan Undangan Negeri Sulabayan dan Senallang di sini, hari ini.

Kenyataan Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang itu sebagai mengulas tindakan beberapa pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) yang cuba memanipulasi keadaan berhubung kekayaan yang dimiliki pemimpin UMNO dan BN di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kemasukan anggota Warisan ke dalam UMNO akan memberi dorongan serta kekuatan semangat kepada jentera UMNO untuk bekerja lebih keras bagi Pilihan Raya Umum ke-14.


Nasir berkata penyertaan anggota Warisan dalam UMNO membuktikan bekas anggota pembangkang itu juga bersetuju bahawa dasar perjuangan UMNO adalah terbaik.

“Bagi mereka UMNO dan BN membawa harapan tinggi untuk membantu rakyat dalam apa juga keadaan termasuk sewaktu bencana banjir dan kebakaran,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Nasir berkata kemasukan beramai-ramai anggota Warisan ke dalam UMNO pada minggu lepas bukan gimik tetapi kenyataan yang perlu diterima parti haluan kiri tersebut.

Pada Sabtu lepas di Kampung Bangau-Bangau di sini, Bibi Sangalani mengetuai 29 kelompok melibatkan 1,020 anggota Warisan keluar parti dan menyerahkan borang keanggotaan kepada wakil UMNO iaitu Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban. -BERNAMA

Kategori