Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

6 Pegawai Imigresen Sarawak...

KUCHING - Enam pegawai Jabatan Imigresen Sarawak didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di...

Kanak-Kanak Dibiar Tendang Kepala...

Syria – Sekeping gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak menendang kepala seorang askar, dipercayai...

Tweet Pertama Dijual RM12...

SAN FRANCISCO - Tweet pertama dimuat naik di Twitter dijual pada harga AS$2.9 juta (kira-kira...

Video: Aksi Hero Bapa...

DETIK gembira seorang bapa dan anak menaiki rollercoaster di sebuah taman hiburan hampir...

Pembangunan Bandar Perlu Terap Nilai Budaya, Alam Sekitar

ISKANDAR PUTERI – Ke arah merealisasikan Johor Berkemajuan, pembangunan sebuah bandar raya tidak hanya berlandaskan nilai komersial semata-mata, namun perlu mengambil kira perancangan mewujudkan kehidupan masyarakat lebih inklusif.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata nilai budaya dan alam sekitar dalam perancangan pembangunan perlu diterapkan agar bandar raya mampan bertaraf antarabangsa dapat diwujudkan.

Beliau berkata ia secara tidak langsung memberi impak positif dalam taraf kehidupan serta pertumbuhan ekonominya.

“Kita ingin ke arah Johor Berkemajuan perlu mempunyai perancangan pembangunan bandar yang seiring dengan perancangan kerajaan negeri sama ada melalui pelan strategik, rancangan tempatan dan lain-lain,” katanya kepada pemberita pada “Seminar On Emergence of Future Cities” dekat Gelang Patah, hari ini.

“Jadi kefahaman ini mesti ada dalam kalangan perancang bandar atau mereka yang terlibat dalam perancangan bukan hanya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi juga swasta.

Md Jais berkata Johor memiliki dua majlis bandaraya iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) ditubuhkan selepas kewujudan bandar, jadi mereka perlu menguruskan apa yang sudah wujud dan memperbaiki mengikut kesesuaian semasa.


Sementara Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) merupakan kawasan baharu serta masih terdapat kira-kira 40 peratus kawasan belum dibangunkan dan pembangunan itu perlu selari dengan aspirasi kerajaan dan rakyat, katanya.

Justeru, beliau berkata pembangunan bandar raya tidak harus bergantung kepada PBT semata-mata, namun memerlukan penglibatan semua pihak yang meliputi perkongsian ilmu dan idea.

Pada seminar itu, kira-kira 200 peserta yang hadir terdiri daripada perancang bandar, perunding hartanah, pemaju dan kontraktor.

Ia merupakan kerjasama antara MBIP dan Pertubuhan Perancang Malaysia cawangan Selatan dalam usaha mendapatkan pandangan daripada pakar terhadap prospek dan cabaran yang bakal dihadapi bandar di negara ini. – BERNAMA

Kategori