Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Bapa Antivaksin Berdosa,...

KANGAR - Individu yang menolak penggunaan vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit yang mengancam...

AirAsia Tambah Penerbangan Sempena...

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan meningkatkan kekerapan penerbangan dari...

GAMBAR : 19 Pasangan...

Seramai 19 pasangan suami isteri warga emas diraikan dalam satu sambutan khas ulangtahun...

Sultan Perkenan Pulau Kukup...

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah menyampaikan perkenan...

Pembangunan Faktor Banjir Kilat Di Angkasapuri

KUALA LUMPUR – Siasatan mendapati aktiviti pembangunan di kawasan berdekatan yang menyebabkan halangan kepada sistem saliran menjadi antara punca banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, Isnin lepas.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata faktor intensiti hujan yang sangat lebat selama satu jam 20 minit dengan kadar hujan 86 milimiter (mm) berbanding kadar hujan lebat biasa antara 50 hingga 60mm turut dipercayai menjadi punca kejadian itu.

Menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau menarik perhatian bahawa jalan yang dinaiki air itu adalah di bawah kawal selia Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) manakala pihak konsesi ialah SPRINT.

“Projek pembangunan yang berdekatan dengan kawasan banjir adalah projek pembinaan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway dan projek pembangunan South City,” katanya menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) mengenai perkara itu.

Beliau seterusnya berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan pihak berkenaan menyelenggara sistem saliran termasuk menaik taraf longkang di sekitar kawasan pembinaan berkaitan.


Mereka juga diminta menyelenggara kolam tahanan sedia ada bagi mengekalkan kapasiti paras air dan menambah bilangan perangkap kelodak selain membersih sistem saliran sedia ada di sekitar kawasan pembangunan. – BERNAMA


​​​​​​​

Kategori