Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rasuah: Penolong Penguat Kuasa...

GEORGETOWN - Seorang penolong penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal...

Terlalu Kejar Populariti, Punca...

AKTOR Russell Brand mendedahkan punca perceraiannya dengan penyanyi Katy Perry adalah kerana jadual...

Saharul Ridzwan Mahu Jadi...

PELAKON popular tempatan, Saharul Ridzwan turut mencuba asah bakatnya dalam bidang nyanyian pula. Memilih...

“Saya Sudah Jalani 8...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menghadiri...

Pembinaan PPR Langkah K’jaan Mestruktur Kawasan Penempatan

KUNAK – Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pangkalan yang dibina Kerajaan Barisan Nasional di Kunak merupakan antara langkah menstruktur kawasan penempatan penduduk di daerah ini supaya lebih teratur, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Nilwan Kabang.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kunak berkata kira-kira 70 peratus penduduk di kawasan rumah setinggan atas air telah berpindah dan memasuki rumah PPR yang disediakan kerajaan.

“Kerajaan telah membina rumah PPR Sri Pangkalan yang kondusif serta selesa untuk penduduk dengan tiga bilik dan dua tandas.

Ini sekali gus memastikan pembinaan rumah setinggan atas air di Kampung Pangkalan dapat dikawal dan Kerajaan Persekutuan akan menambah bilangan rumah PPR ini supaya kawasan itu bebas setinggan,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi penduduk dari rumah ke rumah dalam program Ziarah Akidah bersama kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sini, hari ini.

Nilwan berkata program itu sebagai serampang dua mata menziarah dan membantu penduduk yang kurang kemampuan dengan memberi sedikit sumbangan berbentuk barangan makanan asas.

Beliau turut mengingatkan semua agar saling melengkali dan bantu membantu dalam semua perkara termasuk meningkatkan akidah agama. – BERNAMA

Kategori