Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Suka Melancong...

GEORGE TOWN - Rakyat Malaysia memang suka melancong, kata Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan...

Peruntukan Bagasi Daftar Masuk...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines mengesahkan peruntukan bagasi daftar masuk kembali seperti asal...

Seks Dengan Mayat Kekasih...

SEORANG lelaki dihukum penjara selepas mengaku salah melakukan seks dengan kekasihnya yang telah...

Kegagalan PH Tunai Janji...

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor sudah menjangkakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Pemotong Kelapa Sawit Didakwa Curi Lori

KUALA LUMPUR — Seorang pemotong kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan mencuri sebuah lori milik seorang pengarah syarikat membaiki mesin makanan dan pertanian.

Mohd Shahrizal Mohd Isa, 35, didakwa mencuri lori jenis Hicom bernilai RM33,000 itu selepas mengambilnya daripada pemiliknya Faizah Abdul Jalil, 45, di sebuah pangsapuri di Jalan Ukay Indah, Ampang, di sini pada 4.40 petang, 11 Nov lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Dis untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori