Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Salah Tangkap Khalwat, Suami...

SEPASANG suami isteri mendapat malu besar apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat...

Ekonomi Dan Kesihatan Harus...

GOMBAK - Kerajaan perlu memastikan kehidupan dan kesihatan rakyat dalam keadaan seimbang dalam...

Dzulkifli Angkat Sumpah Jawatan...

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad mengangkat...

Marsha Milan Akui Perlukan...

BAHARU sahaja memeluk Islam, pelakon Marsha Milan Londoh, 30, mengakui dia terpaksa menangguhkan hasratnya...

Pemuda BN Sabah Harus Bantu Belia Majukan Diri

KOTA KINABALU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah harus membantu golongan belia dengan maklumat untuk memajukan diri mereka, sekali gus membolehkan golongan itu turut serta dalam membangunkan negara.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata keprihatinan itu akan membuatkn golongan berkenaan lebih tertarik untuk menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Sampaikan maklumat kepada golongan muda mengenai cara mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

“Beritahu mereka peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN agar masa depan mereka lebih cerah,” katanya ketika melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR+) Pemuda BN Sabah di sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Pemuda BN Malaysia Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Belia dan Sukan, dan Pengerusi Pemuda BN Sabah Yamani Hafez Musa.

Musa, yang juga Pengerusi BN Negeri, turut memberitahu Pemuda BN perlu bekerja lebih dalam memenangi hati pengundi, yang terdiri daripada kira-kira 40 peratus pengundi muda pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata Pemuda BN merupakan pewaris kepimpinan parti pada masa depan dan perlu lebih beriltizam untuk bekerja untuk rakyat.


“JR+ membolehkan Pemuda, Wanita dan Puteri untuk bergabung dan bekerjasama dalam memastikan kemenangan calon BN pada PRU14 nanti.

“Kita perlu bersatu demi masa depan negeri dan negara. Jangan sesekali leka dan ambil mudah mengenai masa depan anda,” katanya.

Terdahulu, Khairy berkata kira-kira 20 peratus daripada jumlah pengundi pada PRU14 merupakan pengundi baharu dan tidak mempunyai latar belakang politik.

“Kita berikan mereka (pengundi baharu) sentuhan kasih BN…kita bukan nak menguasai mereka, tetapi mahu mendekatkan diri dengan mereka sebagai parti yang prihatin,” katanya. – BERNAMA

Kategori