Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

4 Parti Politik Tubuh...

KOTA KINABALU – Empat parti politik di Sabah iaitu PBS, STAR, PBRS dan...

Gempa Bumi Lemah Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter melanda Ranau,...

Kanta Lekap Kenyit Mata...

LOS ANGELES – Pemakai kanta lekap tidak lama lagi mampu 'zoom' seperti teropong...

Bela Harimau Untuk Takutkan...

POKOK SENA - Setiap pengunjung yang datang ke rumah Azizah Saad, 52, di...

Penantian 50 Tahun Dapat MyKad Bakal Tercapai

TELUK INTAN – Penantian hampir 50 tahun seorang lelaki warga emas orang kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan MyKad bakal tercapai apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak memberi khidmat bantuan Unit Mobile Ehsan JPN ke rumahnya hari ini.

Ismail Sokri, 68, yang masih memegang kad pengenalan plastik berkata sekumpulan kakitangan jabatan itu datang ke rumahnya bagi memperbaharui kad pengenalan lama yang dimilikinya selepas tidak mampu ke JPN kerana lumpuh.

“Alhamdulillah, hasrat pak cik nak tukar kad pengenalan lama kepada MyKad akhirnya dipermudahkan dengan kedatangan mereka (kakitangan JPN) ke rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Selabak di sini.

Ismail sebelum itu dikunjungi beberapa kakitangan JPN dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.

Ismail yang lumpuh dari pinggang ke kaki setelah ditimpa kayu kira-kira 43 tahun lepas dan kini dijaga kakaknya Maijun, 74, berkata beberapa urusan rasmi termasuk permohonan bantuan kadang kala sukar kerana ketiadaan MyKad.

Bagi Maijun, kali terakhir adiknya membuat kad pengenalan adalah pada tahun 1961, semasa berusia 12 tahun.


Sementara itu, Pengarah JPN Perak Zulazlan Abu Hassan berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai Ismail daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Bayaran dan denda kita kecualikan dan kita akan membawa permohonan MyKad beliau ke JPN Putrajaya dan dijangka siap dalam tempoh sebulan,” katanya dan menambah kes seperti ini jarang berlaku kecuali di kawasan-kawasan pedalaman.

Mohd Azhar pula berkata langkah turun padang JPN ke setiap daerah di Perak dan menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat merupakan langkah ke hadapan dalam menyelesaikan masalah berkaitan. – BERNAMA

Kategori