Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Memo Kepada RoS: Polis...

PUTRAJAYA - Polis hari ini memanggil tiga anggota Pemuda Pakatan Harapan untuk mengambil...

PBS Tolak Kerjasama Dengan...

KOTA KINABALU : Penolakan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk membentuk kerjasama dengan Parti...

Konsep Mudah Kenapa Ada...

CUBA anda fikirkan, apabila seseorang individu tiba-tiba diserang demam, dia pastinya akan mengunjungi...

Pengubahsuaian Bajet 2016 Wajar...

PETALING JAYA - Pengubahsuaian Bajet 2016, yang bakal dibentangkan pada 28 Januari ini...

Pencuci Kereta Hadapi Pertuduhan Bunuh Sepupu

TEMERLOH – Seorang pencuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang juga sepupunya dalam kejadian pada malam 21 Okt lalu.

Iskandar Zulkarnain Zolkifly, 26 dituduh membunuh Rabiatol Ain Mohamod, 27 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 8.30 sehingga 9 malam di Taman Temerloh Makmor.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Iskandar turut didakwa mengikut Seksyen 15 (1) ( a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu kesalahan memasukkan dadah jenis morfin ke dalam badan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, awal pagi pada 22 Okt. Kesalahan mengikut seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.
​​​​​​​
Pegawai Pendakwa Inspektor Irmawathy Mohamad Yusof kemudian memohon kepada mahkamah supaya menetapkan satu tarikh baharu sementara menunggu laporan kimia.

Majistret Najwa Hashim membenarkan permohonan berkenaan dan menetapkan 18 Dis ini untuk sebutan semula kes.- BERNAMA

Kategori