Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Henti Desak Muhyiddin Letak...

BERA - Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini, meminta...

Penjenayah Rempuh Anggota Polis...

TAIPING - Dua penjenayah yang merempuh motosikal anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB)...

500 Hadir Sambutan Hari...

KUALA KANGSAR - Kira-kira 500 anggota pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu menyertai...

Jangan Perlekeh Kuasa 7.6...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertembung dengan satu...

Pendaftaran Pakatan Harapan Diuruskan Secara Profesional

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yakin permohonan pendaftaran gabungan pembangkang Pakatan Harapan diuruskan secara profesional oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Justeru katanya tidak mungkin wujud unsur sabotaj dalam urusan pendaftaran oleh agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan.

“KDN profesional dalam melaksanakan tugas mereka. Tak mungkin akan wujud unsur sabotaj. Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) pun pernah jadi perdana menteri dan dia tahu macam mana kerja-kerja KDN,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Dalam perkembangan lain, Shahidan yang mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Bencana peringkat Zon Utara semalam, berkata beliau mahu Pasukan Tindakan Awal Kecemasan Komuniti (Cdert) memperkukuh kesiapsiagaan masing-masing dalam memastikan pengurusan bencana yang lebih lancar dan efisien sementara menunggu ketibaan pihak berkuasa.

“Di peringkat komuniti, seharusnya pasukan itu mengenal pasti aset yang ada yang dimiliki oleh pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Bomba dan Penyelamat serta aset pihak swasta lain untuk kita gunakan ketika bencana banjir melanda.


“Bila berlaku banjir, komuniti tidak perlu menunggu bantuan datang kerana ia akan memakan masa, sebaliknya mereka boleh terlebih dahulu menguruskan semuanya. Pengurusan bencana banjir bukanlah sesuatu operasi prosedur standard yang ketat, tetapi ia harus dilihat secara lebih mudah,” katanya.

Shahidan berkata aset yang dimiliki kerajaan mampu menampung hingga dua juta mangsa banjir dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyediakan lebih 20,000 unit selimut serta tilam untuk diagihkan ke pusat pemindahan bagi peringkat awal. – BERNAMA

Kategori