Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Video: Tersilap Masuk Gear,...

SEJAK semalam, rakaman video dashcam menunjukkan sebuah kereta mengundur laju sehingga merempuh bayi...

Annuar Sedia Bantu Atasi...

KOTA BHARU - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar...

50,000 Bakal Meriahkan Ekspresi...

PUTRAJAYA - Seramai 50,000 pengunjung dijangka memeriahkan Program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena...

Video: Iklan Raya Yang...

NAMPAKNYA kemeriahan iklan hari raya tahun ini dimulakan oleh Samsung. Walaupun kehangatan Aidifitri masih...

Pendaki Gunung Berlumut Hilang Ditemui Selamat

KLUANG – Seorang pendaki yang dipercayai sesat ketika mengikuti pendakian berkumpulan dekat Gunung Berlumut di Kampung Gajah dekat sini sejak Ahad lalu (19 Nov), ditemui selamat awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata Mohamad Shahrul Nizam Mohamed Shah, 23, dari Johor Bahru itu, ditemui seorang anggota RELA yang juga merupakan seorang pengusaha ladang ternakan ikan di pintu masuk ladang KUB Kahang, dekat sini.

Mangsa ditemui kira-kira 20 kilometer dari lokasi yang dia dipercayai hilang, kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad berkata mangsa menyedari telah tersesat kemudian mengikuti sebatang sungai hingga ke ladang ternakan berkenaan untuk mencari jalan keluar.


Mangsa kini berada di Balai Polis Kampung Gajah untuk diambil keterangan lanjut. – BERNAMA

Kategori