Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PBB Beri Amaran Perubahan...

MOSCOW: Jumlah kebakaran hutan di seluruh dunia mungkin meningkat 14 peratus menjelang 2030...

Jual Konsulat HK: Najib...

KUALA LUMPUR ā€“ Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak Menteri...

Atasi Banjir Kilat Dengan...

KUALA LUMPUR - Bersediakah penduduk di sekitar bandar raya menghadapi banjir kilat? Hujan...

Sumber Air Mentah Dapat...

SEREMBAN - Air di empangan di Negeri Sembilan hanya akan dilepaskan sekiranya air...

Pengawal Keselamatan Dipenjara, Curi 6 Tin Arak

PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan yang mencuri enam tin arak di sebuah pasar raya, hari ini dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhkan hukuman itu terhadap Norazman Khali, 42, selepas dia mengaku bersalah mencuri enam tin minuman keras yang bernilai keseluruhan RM31.50 milik pasar raya 99 Speedmart.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapnya pada 19 Nov lalu dan lima hari penjara lagi, sekiranya denda gagal dibayar. Tertuduh tidak membayar denda itu.

Dia melakukan kesalahan itu di premis pasar raya itu di Jalan SP 2/1, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini pada 2.20 petang, 19 Nov lalu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda serta bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, boleh dikenakan penjara dengan denda dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk penjara dan denda yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.


“Jenayah curi semakin berleluasa di daerah ini dan saya pohon mahkamah dapat menjatuhkan hukuman yang dapat memberi amaran kepada masyarakat umum bahawa jenayah curi adalah kesalahan serius,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung ibu serta kakaknya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, seorang pekerja pasar raya itu melihat tertuduh mengambil beberapa tin arak tanpa membuat pembayaran sebelum menahannya dan menyerahkan tertuduh kepada pihak polis. – BERNAMA

Kategori