Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

201 Kes HFMD Dicatat...

SEREMBAN - Sebanyak 201 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dicatat di...

“Buat Apa Nak Cerita?...

SELEPAS gambar mesranya menyambut Hari Raya baru-baru ini bersama seorang lelaki mendapat perhatian...

77 Saman Dalam Op...

KOTA KINABALU - Polis mengeluarkan 77 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai...

Kain Rentang Bantah Tulisan...

KUALA LUMPUR - Beberapa sekolah vernakular di sekitar Lembah Klang dipercayai mula menaikkan...

Skim Latihan Giatmara Sekolah Tahfiz Dibentang

PUTRAJAYA – Pengenalan Skim Latihan Kemahiran GiatMara kepada sekolah tahfiz akan dibentangkan kepada Kabinet pada akhir tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata menerusi skim itu, kerajaan akan memberi latihan kemahiran yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar tahfiz menerusi GiatMara.

“Selain menjadi tahfiz, mereka akan mempunyai kemahiran menjadi tenaga mahir dalam bidang-bidang yang ditentukan oleh kita nanti,” katanya pada sidang media mengenai Bajet 2018 di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan menentukan berapa banyak pusat tahfiz yang terlibat pada peringkat permulaan skim itu selain memperincikan kaedah pelaksanaan dan kos terbabit.

Sebagai contoh, katanya, latihan membuat kek akan adakan di pusat tahfiz manakala latihan automotif dilakukan di bengkel GiatMara dan semua perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut.

Ismail Sabri turut ditanya mengenai dakwaan bahawa kerja-kerja membaik pulih dan menyenggara pendawaian di semua sekolah tahfiz dianggap sebagai medan latihan untuk pelajar GiatMara tanpa memikirkan keselamatan mereka.


Beliau menjelaskan bahawa GiatMara mempunyai program Penyenggaraan Pencegahan di mana para pelajarnya membuat pendawaian dan pendawaian semula secara percuma di rumah-rumah luar bandar pada tahun lepas.

“Untuk melaksanakan kerja itu, pelajar perlu mengikuti kursus selama tiga tahun dengan dipantau guru. Selepas siap melakukan pendawaian, hasil kerja mereka akan disahkan pihak berkaitan termasuk bomba.

“Kita tidak menghantar pelajar yang baru dua minggu masuk GiatMara untuk melakukan kerja itu,” tegasnya. -BERNAMA

Kategori