Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peserta Ratu Cantik Cipta...

LANGKAWI - Setelah gagal mencipta rekod dengan beraksi di pentas peragaan tertinggi di...

Peguam Terkenal Iran Mulakan...

GENEVA - Peguam hak asasi manusia Iran yang dipenjarakan, Nasrin Sotoudeh memulakan mogok...

Laporan 3 Kali Setahun...

PADANG TERAP - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu memberi laporan tiga kali setahun...

Promosi STB Tarik Pelancong...

KUCHING - Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) meningkatkan promosi dalam semua segmen pelancongan untuk...

Pengurus Projek PPK Melaka Ditahan SPRM

MELAKA – Seorang pengurus projek di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Melaka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai menyeleweng Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) bernilai kira-kira RM2.54 juta, sejak awal tahun lepas.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, di Jalan Hang Tuah di sini, 3 petang tadi.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah membuat sebanyak 23 tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM2.54 juta melibatkan 56,700 kampit baja sepanjang tahun lepas yang tidak pernah diluluskan oleh Mesyuarat Penapis PPK berkenaan.

Difahamkan, baja-baja itu sepatutnya dituntut oleh PPK tersebut bagi pihak petani di sektor penanaman padi yang menyertai SBPKP serta diagihkan kepada mereka.

Bagaimanapun, suspek dipercayai telah menjual semula baja-baja berkenaan bagi mendapatkan keuntungan peribadi.

Sumber memberitahu, daripada jumlah tuntutan itu, kerajaan sudah membayar sebanyak kira-kira RM1.33 juta, manakala selebihnya belum dibayar namun baja-baja terbabit telah pun dibekal serta diterima oleh suspek sendiri.


Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan mengenai penangkapan tersebut dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.

Turut difahamkan, suspek dijangka direman di Kompleks Mahkamah Melaka, esok. – BERNAMA

Kategori