Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Duta Vietnam Ke...

HANOI : Polis menahan dan memulakan prosiding jenayah terhadap bekas duta Vietnam ke...

Laporan Al Jazeera Cemarkan...

SHAH ALAM - Laporan berita antarabangsa Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman...

“Mahathir Tidak Mahu Anwar...

SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahukan dua pertiga kerusi...

OP Dakwa LHDN Sandakan...

SANDAKAN - Sebanyak 86 syarikat dan individu yang gagal menghantar borang dan tidak...

Peniaga Ditipu Dengan Tawaran Anak Angkat

KUANTAN – Akibat terlalu inginkan anak, seorang peniaga hampir-hampir kerugian RM7,000, diperdayakan oleh seorang kenalan laman sosial Facebook yang kononnya boleh membantu mangsa mendapatkan anak angkat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Wazir Mohd Yusof berkata mangsa, seorang wanita berusia 28 tahun yang telah berkahwin, sebelum itu dihubungi oleh suspek yang menggunakan nama Fazreen Ismail, memaklumkan dia mempunyai sepasang anak kembar lelaki dan perempuan yang baharu lahir dan mahu diberikan kepada mangsa.

“Untuk mendapatkan bayi itu, suspek telah meminta mangsa membayar RM7,000, namun mangsa hanya mampu membayar RM500 sebagai wang pendahuluan.

“Mangsa kemudian memasukkan wang berkenaan ke dalam satu akaun menerusi sebuah bank di Bera pada Ahad lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata sebaik mangsa meminta gambar bayi yang dimaksudkan, suspek telah memberikan gambar bayi yang diambil daripada imej Google.


Beliau berkata mula curiga dengan keadaan itu, mangsa kemudian menghubungi suspek sebelum suspek berjanji akan berjumpa di rumah ibu mangsa di Puchong, Selangor namun dia tidak muncul-muncul dengan memberikan pelbagai alasan.

Katanya mangsa yang merasa ditipu bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda. – BERNAMA

Kategori