Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Zuraida Nafi Wujud Kem...

PKR terpaksa menafikan ada perselisihan faham antara Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Tambahan RM1.1 Bilion Dana...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dana pembiayaan mikrokredit akan ditambah...

Barangan Keperluan Golongan OKU...

PUTRAJAYA - Peralatan dan kelengkapan yang digunakan oleh golongan orang kurang upaya (OKU)...

Kehilangan Biodiversiti Jejas Ekonomi,...

KUALA LUMPUR : Sumber asli seperti minyak dan kayu balak dan perkhidmatan ekosistem...

Penjenayah Tahi Kucing

SEREMBAN – Seorang penjenayah menggigil ketakutan apabila ditahan ketika merompak sebuah rumah di Taman Paroi Jaya, di sini, kelmarin.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 3 pagi, suspek berusia 30 tahun memasuki kediaman itu ketika pemiliknya tiada di rumah.

Katanya, selang 20 minit kemudian, pemilik berusia 31 tahun pulang dan mendapati ada sebuah motosikal tidak dikenali di hadapan rumahnya.

ā€œPemeriksaan mendapati pintu hadapan kediaman diumpil dan mangsa segera menghubungi polis. Secara kebetulan, sebuah kereta peronda polis melalui lokasi dan mangsa meminta bantuan,ā€ katanya.

Katanya, mangsa dan anggota polis memasuki rumah sebelum menemui suspek sedang memunggah almari dalam sebuah bilik.

ā€œMenyedari kehadiran anggota polis, suspek menggigil ketakutan dan cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan tetapi seorang rakannya yang berada di luar rumah berjaya melarikan diri,ā€ katanya.


Menurutnya, pemeriksaan ke atas suspek yang didapati positif dadah menemui alat pemotong, playar dan sebuah motosikal.

Katanya, rakan suspek dikatakan sempat melarikan sebentuk cincin bernilai RM400 dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian. – myMetro Online

Kategori