Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KPKT Cadang Pemaju Sebagai...

PETALING JAYA - Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan supaya pemaju perumahan diberi lesen pemberi...

Gambar Doktor Kacak Viral,...

JIKA tahun lalu seorang doktor bernama Say Shazril Shaharuddin menjadi buah mulut rakyat...

APMM P.Pinang Tahan 2...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan dua bot...

PPIM Anjur Forum Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menganjurkan Forum Kerjasama Ekonomi...

Perangi Perjudian Tanggungjawab Semua

KUALA LUMPUR – Memerangi perjudian bukan hanya tanggungjawab polis atau pihak penguat kuasa semata-mata malah ia adalah komitmen semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata NGO boleh memainkan peranan memerangi perjudian atau apa sahaja bentuk jenayah melalui pelbagai cara seperti mengadakan jerayawara, kesedaran pendidikan jenayah melalui seminar serta ekspo untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang bahaya judi.

“NGO juga menjadi mata dan telinga kerajaan dalam urusan untuk memerangi dan membanteras perjudian sama ada ‘online’ atau ‘offline’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan portal berita The Malaysian Insight yang disiarkan hari ini bertajuk ‘Kepenggunaan dan judi, Putrajaya tak tahu hujung pangkal’.

Menyifatkannya laporan itu sebagai kenyataan yang sempit, Ahmad Zahid berkata portal berita itu harus memahami bahawa skop memerangi perjudian sebenarnya luas.


“Harus diingat bahawasanya cara NGO memerangi perjudian tidaklah sama dengan kaedah yang diguna pakai oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia). Mereka tetap tertakluk kepada batas undang-undang,” katanya.

Ahmad Zahid berkata semua pihak terutamanya NGO perlu membantu kerajaan terutama pihak keselamatan membanteras gejala yang boleh merosakkan masyarakat dan usaha itu perlu dilakukan secara besar-besaran di semua peringkat.

“Sebagai sektor ketiga penting dalam sesebuah negara, kerajaan sentiasa mendengar pandangan NGO yang mendapat maklumat daripada ahli mereka dan ini sejajar dengan ‘kerajaan tahu semua’ tidak lagi benar, seperti yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JUDI

Kategori