Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

‘Jangan Transit Di Malaysia,...

PETALING JAYA - Pihak yang merekrut individu untuk menyertai kumpulan Negara Islam (IS)...

Profesor Amerika Syarikat Pilih...

GEORGETOWN – Tertarik dengan isi kandungan al-Quran membuatkan seorang profesor dalam bidang ekonomi,...

Bekas Kerani Wanita Bebas...

PUTRAJAYA – Seorang bekas kerani wanita hari ini terlepas hukuman penjara 39...

Saya Ada Pengalaman Jelaskan...

KOTA BELUD - Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan dirinya mempunyai pengalaman yang...

Perdaya Mangsa Beli Pingat Darjah Kebesaran Palsu

BATU PAHAT – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memperdaya lapan individu untuk membeli pingat darjah kebesaran palsu membabitkan nilai kerugian RM105,600.

Low Leong Huat, 57 dan Lim Kuan Hau, 40, membuat pengakuan itu selepas kesemua lapan pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Sri Jaya, Batu Pahat antara Julai hingga Oktober tahun ini.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara berasingan memperdaya enam individu berbeza untuk menyertai Kelab Darjah Kebesaran Pahang (KDKP) yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan hingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai kepada mereka.

Dua lagi pertuduhan dibacakan secara bersama atas kesalahan sama kerana memperdaya dua individu berbeza di tempat dan tempoh yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan denda.


Mahkamah membenarkan Low yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM21,000 manakala Lim yang diwakili peguam M. Vinodaran RM31,000 dengan seorang penjamin masing-masing.

Majistret menetapkan 31 Dis ini untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mustaqim Sukarno. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • palsu

Kategori