Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Projek Amal Bagi Makan...

GEORGETOWN - Menjadikan bulan Ramadan sebagai platform untuk menggalakkan masyarakat melakukan amal jariah,...

Sukan SEA: Kita Di...

KUALA LUMPUR - Persiapan Malaysia dalam pelbagai aspek bagi penganjuran temasya Sukan SEA...

2 Lagi Mara Digital...

KUALA LUMPUR - Dua lagi pusat barangan teknologi maklumat (IT) Bumiputera, MARA Digital...

Najib Buat Sumpah Laknat...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan...

Perniagaan Di Rantau Panjang Berjalan Seperti Biasa

PASIR MAS – Aktiviti perniagaan di pekan Rantau Panjang di sini masih berjalan seperti biasa walaupun kawasan itu kini diancam banjir selepas paras air di Sungai Golok kini melepasi paras bahaya.

Sehingga pukul 5 petang tadi, Sungai Golok berada di paras 10.43 meter, melebihi paras bahaya sembilan meter.

Peniaga kedai makan, Mohd Shahrul Ramli, 50, berkata kebanyakan peniaga telah mula memindahkan barangan perniagaan ke tempat lebih selamat, manakala selebihnya masih menjalankan perniagaan.

“Ini perkara biasa yang kami lalui terutama setiap kali tengkujuh menjelma pada hujung tahun.

“Selalunya walaupun air Sungai Golok telah memasuki kedai, namun peniaga masih menjalankan aktiviti perniagaan sehinggalah air mencecah paras peha,” katanya ketika ditemui Bernama di kedainya di sini, hari ini.


Peniaga pakaian, Rubiah Mat Yusoff, 48, berkata beliau tidak dapat berniaga sudah seminggu akibat banjir berlaku.

“Tahun ini air sungai naik cepat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mujurlah saya sudah selamatkan barangan perniagaan ke tempat selamat.

“Hanya ada sebahagian pakaian dipamerkan ketika ini sementara menunggu pelanggan tetap datang membeli pakaian sebelum banjir benar-benar berlaku di pekan ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori