Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pakar PBB Dakwa Israel...

GENEVA - Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat kesimpulan bahawa Israel melakukan tindakan...

Lebih 50 Syarikat Terkemuka...

KUALA LUMPUR - Lebih 50 syarikat koporat terkemuka dalam sektor telekomunikasi, hartanah...

Ucapan Anniversary Paling Syahdu,...

TANGGAL 1 Julai iaitu hari ini memberi seribu makna buat pasangan selebriti terkenal...

Jenazah Mohamad Thaqif Amin...

KOTA TINGGI - Jenazah pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi selamat...

Perodua Perlu Terus Berjaya Bagi Faedah Rakyat

PUTRAJAYA – Pengeluar kereta kompak terkemuka Malaysia, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sangat penting kepada negara dan perlu meneruskan kejayaannya bagi faedah rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Kerajaan berharap Perodua dapat mengeksport keretanya ke seberang laut,” katanya pada majlis pelancaran Myvi serba baharu di sini, hari ini.

Ditubuhkan pada1993, Perodua memanfaatkan kerjasamanya dengan Daihatsu Motor Co Ltd dari Jepun.

Mustapa berharap Myvi serba baharu itu akan meneruskan kejayaan Perodua dan menjadi antara kereta terlaris di negara ini.

“Pelancaran (Myvi serba baharu) hari ini adalah satu detik bersejarah. Ia adalah model 100 peratus reka bentuk Malaysia. Banyak penambahbaikan, Perodua telah melakukan kerja yang mengagumkan,” katanya.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, Perodua telah mengeluarkan 3.2 bilion kereta sejak 1994.

“Myvi serba baharu yang dilancarkan hari ini telah mendapat 5,000 tempahan. Ia pengesahan kepada keupayaan dan produktiviti kami. Ia merupakan tanggungjawab untuk kami melakukan penambahbaikan pada masa depan,” katanya.

Myvi serba baharu itu dikeluarkan dalam lima varian iaitu 1.3 Standard (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 15 Advance (AT).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh menyifatkan Myvi serba baharu yang berharga RM44,300 hingga RM55,300 itu sebagai antara kereta nilai terbaik untuk wang bagi kereta dalam lingkungan harga tersebut.

“Daripada 9 November sehingga tengah hari ini, kami telah menerima 5,000 tempahan di mana 78 peratus adalah untuk model 1.5 cc.

“Kami teruja dengan sambutan yang amat menggalakan itu,” katanya pada sidang akhbar sebelum pelancaran Myvi serba baharu tersebut.


Presiden Daihatsu Motor Co Ltd, Soichiro Okudaira turut hadir.

Aminar Rashid berkata, Perodua menyasarkan purata jualan bulanan sebanyak 6,000 unit Myvi generasi ketiga berkenaan yang telah menerima penarafan keselamatan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Untuk Negara-Negara Asia Tenggara.

“Kami merancang untuk menghasilkan antara 75,000 dan 80,000 kereta setahun,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Myvi serba baharu itu akan dieksport, Aminar Rashid berkata, walaupun ada rancangan untuk itu, Perodua akan memberi tumpukan kepada pasaran tempatan terlebih dulu.

“Kami akan cuba memenuhi tempahan semasa dan akan datang di sini dulu sebelum meninjau pasaran eksport,” katanya.

Menafikan dakwaan yang Myvi serba baharu itu meniru pengeluar kereta lain, beliau berkata, reka bentuk itu dilakukan secara dalaman sepenuhnya yang melibatkan 59 pereka bentuk tempatan.

“Ia adalah reka bentuk baharu daripada kami. Kami telah menstruktur reka bentuk berasaskan apa yang rakyat Malaysia mahu. Ia juga berdasarkan trend global,” katanya.

Myvi serba baharu itu mencatat penggunaan bahan api antara 20.1 dan 21.1 kilometer seliter dan secara purata 32 peratus lebih cekap berbanding model sebelumnya.

Kereta itu dihasilkan dalam enam warna iaitu ivory white, glittering silver, mystical purple, lava red, peppermint green dan granite grey. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • myvi

Kategori