Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Diana Danielle Sudah Berhijrah...

Kalau korang ada mengikuti Instagram ibu muda cantik ini, anda pasti perasan Diana...

Tuntut TPM, Kementerian Penting...

KUALA LUMPUR - Selepas berjaya mengisi jawatan Menteri Kewangan, wakil kaum Cina kini...

Kubur Bekas Ceo Cradle...

PETALING JAYA ā€“ Kubur bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd...

Budak Perempuan Sakan Shoping...

BIJAK atau sebaliknya, kanak-kanak dari Arkansas ini 'mencuri' cap jari ibunya yang sedang...

Persidangan Ummah Khair 2017 Pertama Bermula

KUALA LUMPUR – Persidangan Ummah Khair 2017 yang julung kali diadakan, bermula pagi ini dengan pembentangan beberapa kertas kerja berdasarkan empat tema utama termasuk pelaksanaan konsep kesederhanaan dan ancaman terhadap kemampanan konsep itu.

Antara penceramah yang dijadual membentangkan kertas kerja mereka hari ini ialah Senator Datuk Dr Johari Mat dan bekas Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya dari Malaysia, Dr Abdul Rahman Al Luwaihaq (Arab Saudi), Syaikh Abdullah Al-Luhaidan (Jordan) dan Dr Muhammad Shahim Ali Said (Maldives).

Johari, selaku penceramah pertama, membentangkan kertas kerja bertajuk ā€˜Manhaj (Kaedah) Wasatiah dalam Merealisasikan Konsep Ummah Khairā€™.

Kertas kerja lain yang dilihat menarik ialah oleh sarjana Arab Saudi Dr Muhammad Al Bashar Muhammad Al-Kharā€™an bertajuk ā€˜Kesan Buruk Media Terhadap Pemahaman Wasatiah: Mewujudkan Persengketaan dan Perselisihan Antara Umat Islam, Mengelirukan Hakikat Sebenar Tentang Ulama dan Masyarakat Islam, Menyebarkan Ideologi Ekstremisme.ā€™

Bertemakan ā€˜Manhaj Ahli Sunah Menyatukan ASEANā€™, KUC 2017 menyediakan platform perkenalan bagi sarjana Islam di Asia Tenggara untuk menjalin hubungan rapat untuk jangka masa panjang.

Sebanyak 30 kertas penyelidikan dijangka dibentangkan dalam tempoh dua hari ini.

Antara negara yang menyertai persidangan itu ialah Arab Saudi, Filipina, Thailand, Jepun, Indonesia, Vietnam dan Laos.


KUC 2017 dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Jabatan Hal Ehwal Khas, Pertubuhan Al-Khadeem Malaysia dan Pertubuhan Ilmuan Malaysia manakala Universiti Teknologi Mara pula berperanan sebagai penyelaras program.

Selain pembentangan kertas kerja, turut diadakan pameran yang disertai oleh pelbagai agensi, jabatan dan institusi kerajaan serta badan bukan kerajaan dan syarikat swasta yang terlibat secara langsung dalam KUC 2017.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual merasmikan penutupan persidangan esok. – BERNAMA

Kategori