Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Vida Tak Masam Muka...

USAHAWAN kosmetik dan personaliti popular, Datuk Seri Vida menafikan dia sedang tidak 'sebulu'...

Media Sosial Bantu Kumpul...

KUALA LUMPUR - Media sosial penting dalam membantu mengumpul maklumat semasa bencana gempa...

Farid Didakwa 4 Tuduhan,...

PETALING JAYA - Datuk Farid Kamil Zahari didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan...

Luahan Suka Duka Jaguh...

TANGGAL 17 Ogos 2016, menjadi hari paling bermakna dan bersejarah buat pelumba basikal...

Perusahaan Digesa Tingkat Pengetahuan Strategi Pertahanan Siber

KUALA LUMPUR — Perusahaan Malaysia perlu meningkatkan pengetahuan mengenai strategi pertahanan siber, terutamanya, dalam prasarana rangkaian mereka, untuk menangani dan mengurangkan ancaman siber, kata Cyber Security Malaysia.

Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Responsif Cyber Security, Dr Aswami Ariffin berkata, ia merupakan usaha berterusan daripada agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu untuk mengurangkan bilangan jangkitan virus dan ancaman siber dalam perusahaan tempatan.

Berdasarkan kepada bilangan jangkitan yang dikumpul oleh agensi itu, beliau berkata, antara negeri-negeri di Malaysia yang banyak menerima serangan virus termasuklah Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

“Kami menggesa organisasi agar menyedari tentang isu ini dan memasukkan perbincangan mengenainya malahan di peringkat lembaga,” katanya pada taklimat media mengenai ‘Prioritising Security Response Measures Across Malaysian Enterprises’ (Mengutamakan Langkah-Langkah Tindak Balas Keselamatan dalam Perusahaan Malaysia) di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Urusan Trend Micro Malaysia Sdn Bhd, Goh Chee Hoh, memberi taklimat kepada media mengenai ancaman ransomware (perisian tebusan) yang telah muncul sebagai ancaman utama kepada perniagaan dan organisasi yang pelbagai saiz.

Beliau berkata ancaman itu merupakan jenis malware (perisian hasad) yang akan mengunci, menyulit dan seterusnya menghalang data dan sistem daripada diakses oleh pemilik mereka.

“Mangsa kemudiannya dikehendaki membayar tebusan kepada penjenayah yang bertanggungjawab terhadap serangan itu untuk mendapatkan semula akses,” katanya.

Perisian tebusan disebarkan terutamanya menerusi emel spam dan phishing (memancing data) yang dihantar ke banyak alamat emel.


Apabila penerima membuka lampiran atau mengelik pautan yang terjejas itu, perisian hasad akan dimuat naik ke dalam sistem pengguna.

Sementara itu, Aswami berkata, agensi tersebut sedang berbincang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menasihatkan bank pusat mengenai penggunaan teknologi blockchain dalam melengkapkan dagangan bitcoin.

“Sistem (blockchain) adalah baik kerana ia selamat … bagaimanapun kadang-kadang ia disalah gunakan oleh sesetengah pihak atau penjenayah siber yang akan memaksa mangsa membayar menggunakan bitcoin.

“Cybersecurity memberikan nasihat teknikal kepada bank pusat,” katanya.

BNM dijangka akan mengeluarkan beberapa garis panduan mengenai mata wang kripto.

Mata wang kripto, seperti bitcoin, adalah aset digital yang diwujudkan untuk berfungsi sebagai pengantara pertukaran menggunakan kriptografi bagi menjamin urus niaga dan mengawal penciptaan unit tambahan mata wang itu. – BERNAMA

Kategori