Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

200 Penduduk Semenyih, Bangi...

Kuala Lumpur : Kira-kira 200 penduduk di Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi...

Kos Sara Hidup Fokus...

KUALA LUMPUR - Kenaikan kos sara hidup terus menjadi fokus para pembahas ucapan...

UPM Ke-41 Terbaik Di...

KUALA LUMPUR - Universiti Putra Malaysia (UPM) tersenarai pada kedudukan ke-41 terbaik di...

Hospital UiTM Puncak Alam...

PUNCAK ALAM - Hospital Pengajar Univerisiti (HPU) Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam...

Pesawat C130 Hercules TUDM Buat Pendaratan Cemas

LABUAN – Sebuah pesawat angkut C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan pendaratan cemas selepas menghadapi masalah peralatan kekaki (landing gear) di Lapangan Terbang Labuan, hari ini.

TUDM, dalam kenyataan, berkata pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan cemas tanpa tayar pada jam 5.15 petang, setelah enam jam berlegar-legar di ruang udara Labuan bagi membakar minyak di udara.

“Juruterbang dan kesemua anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan. Landasan kini ditutup sehingga diberitahu kelak,” menurut kenyataan itu.

Pengurus Lapangan Terbang Labuan, Ahmad Fikri Samsudi memberitahu Bernama sebanyak enam penerbangan ke dan dari Kota Kinabalu, Miri dan Kuala Lumpur dibatalkan sejak jam 2 petang tadi, berikutan kerja-kerja mengosongkan landasan. – BERNAMA

Kategori