Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

“Anak Aku Bekas Banduan”...

"YA, anak saya kini bekas seorang banduan. Atas izinnya saya ingin berkongsi pengalaman...

Khairy Harap Harimau Malaysia...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berharap pasukan bola sepak kebangsaan...

Demam Babi Afrika Menjangkiti...

Ipoh : Lebih 3,000 khinzir komersil membabitkan tiga ladang di dua daerah di...

Jawatankuasa Khas Bawa Pulang...

PUTRAJAYA - Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia...

Pesawat Charlie C-130, Nuri Dalam Proses Naik Taraf

KUALA LUMPUR – Pesawat Charlie C-130 dan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang dinaik taraf bagi melengkapkan kedua-dua aset itu dengan peralatan dan teknologi lebih canggih.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata proses tambah baik aset pertahanan negara itu dilakukan secara berterusan bagi memastikannya selamat digunakan setiap masa.

Malah, katanya peruntukan bagi melengkapkan kedua-dua aset milik TUDM itu dengan peralatan dan teknologi lebih canggih, termasuk di bawah Bajet 2018 yang dibentangkan pada 27 Okt lepas.

Justeru, katanya adalah tidak wajar untuk menggesa kerajaan menghentikan operasi pesawat berkenaan hanya disebabkan beberapa insiden yang tidak dapat dielak.

“Aset-aset pertahanan kerajaan sentiasa diberi perhatian dan penyelenggaraan…sememangnya sudah ada peruntukan untuk itu,” katanya kepada sidang media selepas meninjau Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0, di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden pesawat angkut C-140 milik TUDM yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan semalam, selepas menghadapi masalah kekaki pesawat ‘landing gear’ dalam kejadian kira-kira 5.15 petang semalam.

Sementara itu, mengulas kenyataan seorang penganalisis pertahanan di sebuah portal berita tempatan yang melahirkan kebimbangan bahawa penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) akan mengundang lebih ramai musuh kepada negara, Hishammuddin berkata tidak ada negara di dunia terkecuali daripada ancaman pengganas.

“Ini terbukti bila kita lihat negara-negara lebih maju. Negara yang tidak ada pusat ini juga tidak bermakna bahawa mereka tidak akan menjadi sasaran, kita tidak boleh hidup dalam ketakutan.


“Saya sendiri berada dalam ‘hit list’ (individu yang menjadi sasaran untuk dibunuh) pihak Daesh, tapi tak bermakna saya akan hentikan usaha saya berperang dengan mereka habis-habisan,” katanya.

Mengenai Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata platform itu memberi ruang kepada semua ‘stakeholder’ (pihak berkepentingan) untuk memberi pandangan masing-masing yang seterusnya akan dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan bulan depan.

“Ia juga menunjukkan perjuangan UMNO tidak bermusim dan berkisar politik sahaja. Saya tengok kelebihan pada UMNO. Ruang diberi secara inklusif melibatkan semua stakeholder sama ada tokoh ekonomi, agama, pendidikan, wakil agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan mahasiswa.

“Mereka ini terlibat secara langsung memberikan pandangan dalam kita buat persediaan usul untuk Perhimpunan Agung UMNO,” tambahnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Majlis Tertinggi UMNO. – BERNAMA

Kategori