Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perak Sasar 5.5 Juta...

IPOH - Kerajaan Negeri Perak menyasarkan seramai 5.5 juta pelancong mengunjungi negeri ini...

Ahok Guna Isteri Jika...

JAKARTA – Gabenor Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang baharu...

Batal Kelebihan Imigresen Pasangan...

KERAJAAN berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana penduduk pemastautin tetap dan pemegang pas...

Khaled Jamin Pertahan Pengajian...

BARU-BARU ini berlangsung Syarahan Za’ba bertajuk ‘Pemerkasaan Pengajian Melayu Untuk Pembinaan Negara dan...

Pesona Taiwan Gamit Memori Indah

SEDIH rasanya untuk meninggalkan Taiwan setelah 5 hari berada di negara yang unik ini.

Begitulah seronoknya lawatan Pesona Taiwan anjuran Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. ini,namun kami perlu kembali ke realiti (pejabat).

Baca: Terpegun Lihat Keindahan Yehliu Geopark Taipei

Selepas sarapan pagi, kami bergerak ke Y.C. Beauty di Taichung yang merupakan pusat untuk membeli produk kecantikan seperti pencuci muka, serum, krim pelembab dan facial mask.

Menariknya, kesemua produk ini terjamin status halalnya daripada Taiwan Halal Integrity Association dan selamat digunakan oleh orang Islam tanpa was-was.

Selepas makan tengah hari dan solat Zohor, kami dibawa pula untuk ‘menghabiskan’ wang dolar Taiwan yang masih berbaki di Gloria Outlet.

Gloria mempunyai reka bentuk dan konsep sama seperti Johor Premium Outlet (JPO) dan Genting Premium Outlet (GPO), tapi tak pasti pula sama ada ketiga-tiga ini dibina oleh pemaju yang sama.

Gedung premium pertama di Taiwan yang dibina mengikut konsep US-style open-air mall ini menampilkan ratusan kedai jualan produk jenama antarabangsa seperti Valentino, Loewe, Hugo Boss dan Ralph Lauren.

Bagi golongan sederhana, Gloria juga mempunyai butik Adidas, Nike, Vans, Converse dan Timberland yang menawarkan diskaun sehingga 70 peratus!


Juga: Taipei Bandar Versatil, Macam-Macam Ada!

Memang rambang mata kami dibuatnya di sana, apatah lagi apabila melihat tas tangan Micheal Kors ada yang berharga cuma RM500++, hai telan air liur sajalah nampaknya.

Lawatan selama 5 hari 4 malam kami ke Taipei kami menuju ke pengakhirannya dan kami bergegas ke Taoyuan International Airport pada jam 3.30 petang untuk mengejar penerbangan balik ke Kuala Lumpur pada jam 7 malam.

Jujurnya, banyak kenangan manis tentang lawatan ke Taiwan ini yang akan dikenang sampai bila-bila.

Terima kasih juga harus diucapkan kepada pihak pengurusan Five Estec Travel Services Sdn.Bhd. kerana mereka benar-benar memastikan keselesaan kami sepanjang tempoh lawatan agar percutian kami menjadi sesuatu yang amat memorable.

Oleh sebab itulah, Five Estec merupakan agensi pelancongan nombor satu bagi pakej Muslim Tour Taiwan!

Taiwan sebenarnya lebih daripada apa yang dianggap kebanyakan orang selama ini.

Lagi: Taipei Syurga Untuk Kaki ‘Shopping’

Selain daripada persekitaran dan permandangan semula jadinya yang unik dan menakjubkan, Taiwan juga merupakan sebuah negara yang amat mesra Muslim serta memudahkan pelancong beragama Islam untuk mengembara.

Jadi, apa tunggu lagi? Sudah tiba masanya untuk anda menjelajah ke Taiwan pula dan merasai sendiri keseronokannya!

Kaitan: Promosi Hebat! Tawan Taiwan Dengan Harga Menarik

Hubungi Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. di talian 03-91002101/03-91002004 atau mesejkan saja mereka melalui aplikasi WhatsApp di talian 012-6912857/013-2560140.

Atau lebih senang, hubungi sahaja mereka di laman Facebook mereka di sini. – MYNEWSHUB.CC/SK

Kategori