Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penyokong PKR Sengaja Provok...

HARI ini seramai 71,890 pemilih berdaftar di kawasan Parlimen 44, Permatang Pauh akan...

Pembunuhan Nur Farah: Kebun...

HULU SELANGOR: Sebuah kebun ubi dekat Kampung Klan Halt dekat Slim River, menjadi...

Komplot Jatuhkan Najib, 3...

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis...

Penduduk Protes Thai Tutup...

NARATHIWAT - Kira-kira 300 penduduk di sepanjang Sungai Golok di sini, berhimpun aman...

Petugas NADMA Bersedia Sekiranya Banjir Berlarutan

BESUT – Petugas Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang terlibat dalam misi memberi bantuan kepada mangsa banjir sentiasa bersedia mental dan fizikal sekiranya musim banjir yang melanda Kelantan dan Terengganu berlarutan hingga awal tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata selain keperluan asas, petugas bersedia dikerahkan ke kawasan yang ditimpa banjir sebaik sahaja menerima laporan daripada agensi yang berkaitan menguruskan perpindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PSS).

“Kami sentiasa bersiap siaga (menghadapi kemungkinan banjir berlarutan) dengan memperkemaskan jentera dari semasa ke semasa. Contohnya bila berlaku banjir, sebaik sahaja kita dapat amaran kita akan terus bagi respons dan berada di lokasi yang ditimpa banjir untuk melakukan perpindahan mangsa banjir serta merta.

Kita juga bersedia membuka lokasi baharu untuk dijadikan PPS sekiranya PPS yang berdaftar berada jauh dari lokasi di mana mangsa banjir perlu diselamatkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Azmy Yahya dan Pengarah APM Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.

Jabatan Metereologi Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini meramalkan hujan lebat di seluruh negeri Terengganu dan Kelantan akan berlarutan sehingga esok.


Sehingga pukul 2 petang tadi portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan sehingga kini terdapat kira-kira 10,000 mangsa banjir ditempatkan di 98 PPS di Kelantan.

Bagaimana pun banjir di Terengganu dilihat semakin pulih apabila kini terdapat 1,618 mangsa di 44 PPS di negeri itu.

Mengulas lanjut, Shahidan berpuas hati dengan koordinasi antara petugas dan juga mangsa banjir di PPS di negeri ini.

“Pelbagai keperluan telah dibekalkan dan Alhamdulillah setakat ini dilihat mencukupi malah kita membekalkan barangan, makanan segar di semua PPS di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori